Jika kediaman yang kita duduki mempunyai kayu walaupun tak banyak maka ia berisiko untuk terkena serangan anai-anai. Malah jangan ingat rumah yang simen kesemuanya tidak berdepan dengan masalah ini.
Kediaman yang diserang haiwan kecil ini memang banyak barang akan menjadi makanannya sehingga boleh merosakkan barang dan harta benda di dalam rumah, sebab itu petanda kehadiran anai-anai ini perlu kita kenal pasti.
Baca lagi: Ini Cara Dapatkan Semula Sijil Kelulusan Jika Hilang Ataupun Rosak, Ikuti Langkah-Langkah Ini
Baca lagi: Kutip Duit Parking Secara Haram Siap Letak Harga, Lelaki Ini Mintak DBKL Buat Kerja
Lihat juga video dibawah:
Ini Petanda Anai-Anai Sudah Serang Rumah Anda
(Gambar hiasan)
1. Warna Kayu Berubah
Lihat warna pada kerangka pintu dan tingkap atau lantai kaui, jika sudah berubah warna dari coklat gelap ke coklat cair ini bermakna terdapat anai-anai berada di tempat itu.
2. Laluan Anai-Anai
Tanda ini paling mudah, kita akan dapat lihat laluan anai-anai seperti satu laluan panjang bersaiz pensil muncul keluar dari perabut kayu atau kerangka pintu dan tingkap.
3. Kalkatu Berterbangan
Kehadiran kalkatu selalunya menandakan kawasan berkenaan ada anai-anai bersarang. Perhatikan di kawasan mana yang kalkatu selalu keluar dan makan, anda akan dapat mencari anai-anai di situ.
4. Ada Rekahan Atau Lubang Pada Kayu Dalam Rumah
Cuba ketuk perlahan pada bahagian kayu di sekitar rumah bagi mengesan lubang anai-anai. Perhati dengan teliti sebarang rekahan pada kerangka berkayu.
Selain itu, perhatikan juga jika ada bunyi ketukan berbeza pada tempat tertentu. Kalau anda terjumpa selut berpasir di rekahan itu, ia menandakan kehadiran anai-anai.
Langkah Segera Hapuskan Anai-Anai
1. Gunakan Asid Borik
Kenal pasti laluan anai-anai dan juga perabut kayu yang menjadi mangsa kerakusan mereka, taburkan serbuk asid borik pada permukaannya. Jika anda jumpa lubang anai-anai lebih bagus.
Asid borik adalah bahan utama kebanyakkan racun kimia anai-anai. Asid ini akan melumpuhkan sistem saraf anai-anai dan terus mematikannya. Asid borik sangat efektif untuk menghapuskan anai-anai.
2. Kapur Sirih
Siramkan air kapur sirih secara kerap ke atas laluan anai-anai dan juga permukaan kayu, ini kerana kapur bersifat panas. Anai-anai hanya mempunyai sesungut yang keras tetapi kulit anai-anai sangat nipis dan kepanasan kapur tersebut mampu membakar anai-anai.
3. Garam Dapur
Taburkan garam di laluan anai-anai, lebih bagus jika garam dilarutkan dan air larutan dijirus di kawasan yang diserang anai-anai serta biarkan semalaman.
4. Air Basuhan Beras
Cara ini agak mudah memandangkan hampir setiap hari kita lakukan perkara ini. Air basuhan beras mampu membunuh anai-anai. Simpan air basuhan pertama dan siramkan ke atas laluan anai-anai tersebut dan biarkan semalam dan lihat kesannya.
5. Tembakau
Dapatkan tembakau di kedai runcit. Kemudian rendamkan di dalam air untuk menjadikan larutan. Jirus atau siramkan larutan tembakau itu pada kayu yang diserang atau sarang anai-anai (jika jumpa). Biarkan semalaman, larutan tembakau boleh juga membunuh haiwan kecil itu.
Semoga info ini bermanfaat untuk anda!
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: SarangBurung