Home Video Wanita Meraung Lihat Kucing Kesayangan Dibelit Ular, Sekali Reaksi Ibunya Pula Tarik...

Wanita Meraung Lihat Kucing Kesayangan Dibelit Ular, Sekali Reaksi Ibunya Pula Tarik Perhatian Ramai

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok eayazainuddin, dan telah ditular baru-baru ini.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang wanita menyiarkan satu klip durasi pendek mengenai kucing peliharannya mati disebabkan ular. Beliau mengatakan 2 haiwan kesayangannya mati, satu telah ditelan dan satu lagi telah dibelit oleh ular tersebut. Namun, reaksi wanita ini ketika melihat haiwan peliharaannya dalam keadaan sebegitu buat ramai yang sebak.

Netizen turut memberi komen mengenai reaksi wanita ini, mengatakan ini adalah perkara paling sedih dan membuatkan penonton sebak melihat reaksinya yang meraung melihat di hadapannya sendiri. Ada juga yang berkongsi cerita di mana mereka juga pernah mengalami perkara yang sama seperti wanita ini.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 4M penonton, 344.4K sukaan dan 17.8K komen.

Pemilik video klip ini juga menulis satu kapsyen seperti dibawah:

“Berlarilah selajunya di langit. Semoga Haehae jumpa Kakcha dekat sana nanti. Dua ekor kucing Kakcha mati, Sekor kena belit, sekor dalam perut ular. Lagi sakit bila anak Haehae tengok Haehae kene belit”

Baca lagi: Peguam Kongsi Cara ‘Ajar’ Jiran Yang Suka Parking Di Hadapan Rumah

Baca lagi: Dua Wanita Terkejut Jumpa Kucing Hampir Lemas Dalam Bungkusan, Buat Ramai Yang Sebak

Screenshot 2023 07 10 151521
(Gambar hiasan)

Lihat klip durasi pendek reaksi wanita ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @daebakingcosmetics

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Linda: Mcm ni la ak ngis msa kucing ksygn ak pegi, ak mraung pggil luna luna..xlma kmdian Allah gntikn dgn zuriat yg dh 6y ak tggu..Baik kn Allah

@Si Manis Luvza: Sebab x nak jadi macam ni la aku dah x pelihara kucing lagi..smpai aku x makan rindu kucing2 aku

@SakuraHasshim MUA: Pencinta kucing hadir dan faham perasaan dia..

@Tyy: Kadang aku ase lagi bagus bekawan an haiwan dari bkwan an manusia sbb dorang lagi boleh paham diri kita

@Ady Budika: Jujurnya sakit kehilangan yg macam ni pernah aku rasa.. dan sampai sekarang tak hilang sakit tu

@Azim Siddiq: lepas dah pernah rasa situasi ni, memang takut nak sayang & bela kucing lain betul2 lagi, tpi best bila ada kucing nii

@syazLee: cukop lh aku dlu camni.. sejak itu aku Tak bela mne² haiwan sakit tu Tak tahu nk kabo

@marianamohamad: i faham perasaan u sis…sbb tu skarang i xmau jaga kucing dh…sedih kehilangan tu xmampu nk tahan

@basyirudin othman: kalau time keje mcm ni mmg x pegi keje saya kak sanggup la ponteng 2 hari semata² kucing ni

@Ceo Of Tepung: aku sedih sebak sebab mak dia tenang kan dia sama macam kecik2 dulu ..

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram