Home News Revenant – 7 Fakta Watak Pyo Ye Jin Sebagai Cameo, Berakhir Tragis

Revenant – 7 Fakta Watak Pyo Ye Jin Sebagai Cameo, Berakhir Tragis

0

Pyo Ye Jin membuat kemunculan istimewa sebagai cameo dalam drama siri Korea Selatan terbaru, Revenant (2023) dalam episod 5 dan 6 baru-baru ini.

Kemunculan wanita ini membuatkan jalan cerita berkembang dengan semakin menarik. Kemunculan Pyo Ye Jin kali ini boleh menjadi salah satu kunci atau merupakan petunjuk penting tentang kes yang sedang disiasat dan ditangani oleh dua watak utama sekarang ini.

Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah agaknya karakter yang dibawa oleh Pyo Ye Jin dalam drama siri Revenant? Jom sama-sama kita lihat ulasannya seperti di bawah ini!

1. Gu San Yeong (Kim Tae-ri), Lee Hong Sae (Hong Kyung), dan Baek Se Mi (Yang Hye Jin) sedang menghadiri program acara alumni sekolah menengah di salah sebuah bar mewah

IMG 5593

2. Pada waktu yang sama, seorang influencer popular yang dilakonkan oleh Pyo Ye Jin juga berada di sana untuk menikmati masa peribadinya di situ

f473667e cb08 4037 b0d2 1831ce0c9d93

3. Dia seterusnya mengabadikan momen me-time tersebut dengan mengambil gambar swafoto yang seterusnya dikongsikan ke sosial media. Seterusnya dia meninggalkan meja untuk pergi ke tandas

f5bee364 18b9 410f b66e e04031a56980

4. Di sana, dia bertemu dengan salah seorang rakan alumni Gu San Yeong, Seo Yoon Jung (Lee Ji Won), yang sedang dirasuk hantu lapar untuk memacu nafsu manusia

IMG 5594

5. Sedihnya influencer tersebut ditemui mati dengan pembuluh darah pecah yang menyebabkan area matanya kemerah-merahan. Pihak polis juga menyatakan bahawa kes ini adalah kes kematian mengejut

4b860e07 0087 4eeb ac6c 1561dc406858

6. Lee Hong Sae yang merupakan seorang detektif juga turut merasa tertarik dengan kes tersebut kerana berada di lokasi kejadian pada malam itu

Revenant

7. Bukan fakta rasional yang diperolehi, dia malah menerima penjelasan daripada Yeom Hae Sang bahawa hantu lapar telah beraksi kembali

IMG 5595

Tentu, Lee Hong Sae tidak mempercayai kata-kata Yeom Hae Sang waktu itu. Walaupun demikian, dia menemui banyak kes yang mirip seperti yang dialami oleh influencer tersebut. Setiap mangsa akan kehilangan barang berharga yang dibawanya dan berakhir dengan pembuluh darah mata yang pecah. Adakah kes misteri tersebut akan terungkai?

Jangan lupa saksikan episod seterusnya minggu ini yang pastinya semakin menarik dan mendebarkan!

Baca lagi: Revenant – Misteri Keluarga Yeom Hae Sang
Baca juga: 8 Fakta Watak Yeom Hae Sang Dalam Revenant, Pemburu Roh Jahat