Home Entertainment Heartbeat – Mengapa Joo In Hae istimewa bagi Woo Hyul?

Heartbeat – Mengapa Joo In Hae istimewa bagi Woo Hyul?

0

Joo In Hae (Won Ji-an) dan Seon Woo Hyul (Ok Taec-yeon) dalam drama siri terbaru Heartbeat ditakdirkan mempunyai satu ikatan istimewa yang masih menjadi misteri.

Disebabkan keterpaksaan yang tidak dapat dielak, mereka berdua perlu tinggal bersama dan berkongsi rumah usang milik Seon Woo Hyul yang sekarang telah diwarisi oleh Joo In Hae dari ayahnya.

Perkara tidak terduga terjadi di antara mereka, Joo In Hae ternyata adalah watak penting dan istimewa bagi Seon Woo Hyul. Faktor apakah yang membuatkan Joo In Hae istimewa? Jom sama-sama kita lihat ulasan berikut ini!

1. Joo In Hae mampu membuka keranda hawthorn milik Seon Woo Hyul, keranda hawthorn sebenarnya tidak boleh dibuka oleh sembarang orang, apatah lagi manusia biasa

Heartbeat

2. Akibat digigit oleh Joo In Hae di leher, Seon Woo Hyul pengsan dan tidak sedarkan diri sedangkan dia adalah vampire yang memang kuat dan sukar dikalahkan

7b576c90 93d7 4c9a b4eb a062ba0aed68

Baca juga: HEARTBEAT – Ok Taecyeon Manusia Separa Pontianak

3. Bekas gigitan Joo In Hae di leher Seon Woo Hyul akan terasa sakit jika wanita itu berada dalam keadaan bahaya, ajaibnya bekas gigitan tersebut tidak ada dan tidak kelihatan dengan mata kasar

86d73600 44b9 4663 8b05 21a65307632a

4. Seon Woo Hyul perlu menjaga Joo In Hae kerana dia mempunyai peranan penting supaya Woo Hyul boleh menjadi manusia biasa

3da7c3cf 4e60 432f bcf7 762bfbca4aa7

5. Sewaktu menghisap darah Joo In Hae di bibirnya, Seon Woo Hyul mengingati masa lalunya yang indah dengan wanita yang disayanginya dulu

d7fe4177 b401 4e7b a8ab bed195f79668

Baca juga: Heartbeat – Tacyeon Si Pontianak Digigit Manusia?

6. Joo In Hae mempunyai darah dingin yang beracun bagi Seon Woo Hyul. Namun, darah itu dipenuhi cinta yang tidak akan pudar

d41d4360 95b6 4d79 843b e7dbb661d237

7. Jika Seon Woo Hyul mampu membuat Joo In Hae jatuh cinta, maka vampire itu akan menjadi manusia biasa selepas dia meminum darah wanita tersebut

9807d1b1 595a 4549 8e13 5a88ec687fd8

Seon Woo Hyul akhirnya menemui jalannya untuk menjadi manusia melalui Joo In Hae. Bagaimanakah cara Seon Woo Hyul menakluk hati dan perasaan Joo In Hae? Adakah mereka berdua akhirnya bakal saling jatuh cinta? Tonton keseronokan dan keistimewaan kisah mereka dalam drama siri Heartbeat ya!

Baca lagi: 10 Watak Detektif Dalam Kdrama 2023
Baca juga: 8 Fakta Watak Yeom Hae Sang Dalam Revenant, Pemburu Roh Jahat