Home News 4 Cara Selamatkan Diri Ketika Kereta Ditenggelami Air, Mari Lihat Langkah-Langkah Ini

4 Cara Selamatkan Diri Ketika Kereta Ditenggelami Air, Mari Lihat Langkah-Langkah Ini

0

Walaupun berhadapan dalam keadaan yang sangat cemas, namun kita masih mampu menyelamatkan diri jika terperangkap dalam kereta tenggelam di dalam air. Dalam kebanyakan kes, orang yang terperangkap dalam kereta yang sedang tenggelam mempunyai sekitar 1 minit untuk keluar jadi setiap saat sangat berharga.

Seperti mana yang anda lihat dalam filem, mangsa akan cuba untuk memecahkan tingkap kereta untuk keluar. Ini kerana pintu kereta tidak boleh dibuka apabila kereta ditenggelami air, walau sekuat manapun yang anda cuba.

Apabila kereta tenggelam di dalam air, tekanan air di bahagian luar kereta adalah tersangat kuat sehinggakan usaha anda untuk membuka pintu adalah sia-sia.

Baca lagi: Kereta Dicuri Ketika Isi Minyak, Netizen Disarankan Untuk Berhati-Hati Di Stesyen Minyak

Baca lagi: Tindakan Abg Rider Menghalang Kereta Dari Sg Memotong Q Dan Garisan Berkembar Dipuji Netizen

Lihat juga video dibawah:

Satu-satunya jalan penyelesaian dalam situasi ini adalah dengan menyamakan tekanan di dalam dan di luar kereta, barulah anda boleh membuka pintu. Untuk menyamakan tahap tekanan di dalam kereta anda, anda perlu memasukkan air ke bahagian dalam kereta dan untuk melakukan ini tingkap kereta perlu dipecahkan.

Jangan cuba pecahkan cermin hadapan kerana ia lebih kuat daripada cermin di bahagian sisi.

1. Berfikir Dan Bertindak Pantas

Screenshot 2023 07 13 164232

Untuk selamatkan diri jika terperangkap dalam kereta yang sedang tenggelam adalah dengan bertindak pantas dan tidak membuang masa. Perkara ini sememangnya buat anda panik, tetai semakin lambat anda bertindak, semakin tinggi tekanan yang wujud. Keluar dari kereta dalam tempoh seminit adalah sangat penting.

Jangan terlalu lambat bertindak sehinggakan tingkap kereta tenggelam sepenuhnya ke dalam air, kerana ini membuatkan proses memecahkan tingkap menjadi lebih sukar.

2. Pecahkan Tingkap

Jangan buang masa untuk buka pintu kerana ia adalah mustahil bagi orang biasa. Pecahkan tingkap kereta boleh dilakukan menggunakan alatan atau apa-apa sahaja yang kuat dan berat. Sesetengah kereta mempunyai tingkap elektrik yang boleh berfungsi untuk beberapa saat walaupun tingkap tersebut telah tenggelam.

Gunakan pemecah kaca, tukul atau jika anda tidak menemui apa-apa, gunakan bahagian besi pada penyandar kepala untuk pecahkan.

Ketukkan bahagian besi tersebut ke penjuru bahagian bawah tingkap dengan sekuat hati sehingga retak, kemudian seluruh tingkap tersebut akan pecah.

3. Biar Tekanan Menjadi Sama

Screenshot 2023 07 13 164251

Sebaik sahaja tingkap tersebut pecah, tunggu sehingga bahagian dalam dipenuhi air dan tekana akan menjadi sama. Ambil satu nafas terakhir yang membolehkan anda sampai ke permukaan air.

Sesetengah model kereta baharu juga dilengkapi dengan mekanisme kaca keselamatan yang mana tingkap boleh dipecahkan dengan mengetuk di bahagian tertentu.

4. Berenang Keluar Dan Naik Ke Permukaan

Screenshot 2023 07 13 164305

Gunakan ruangan tingkap yang telah dipecahkan untuk keluar atau anda juga boleh tunggu untuk pintu kereta, jika anda mampu menahan nafas lebih lama.

Jika anda terperangkap bersama kanak-kanak, bawa mereka terlebih dahulu ke permukaan.

Semoga info ini bermanfaat untuk anda!

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Selayang