Memetik dari sumber berita The Korean Times,”The Modelizer” sebuah filem komedi romantik menandakan kemunculan bintang K-pop Thai Nichkhun di Hollywood, yang ditayangkan di Amerika Utara pada 14 Julai 2023.
Berlatarkan Hong Kong, filem baharu itu mengisahkan tentang seorang taikun muda Hong Kong bernama Shawn Koo (lakonan Byron Mann) dan model Brazil bernama Camila Oliveira (lakonan Rayssa Bratillieri), yang jatuh cinta antara satu sama lain walaupun personaliti mereka bertentangan.
Dalam filem itu, Nichkhun, ahli kumpulan lelaki K-pop 2PM, memegang watak sebagai Bucky, kawan rapat kepada Shawn yang suka berpesta sakan. Bucky dan Shawn hampir menamatkan persahabatan mereka kerana Camila, tetapi mereka kemudiannya berjaya memperbaiki keadaan.
“The Modelizer” diterajui oleh pengarah Amerika Keoni Waxman, yang juga merupakan tonggak di belakang kejayaan filem 2009, “The Keeper.” Ia diterbitkan dan ditulis oleh pelakon Hong Kong-Amerika Byron Mann, yang terkenal dengan peranannya dalam siri Netflix, “Wu Assassins” dan “The Big Short”.
Selain itu ada juga Kenneth Tsang, aktor veteran Hong Kong yang pernah berlakon dalam filem James Bond bertajuk “Die Another Day” dan “Memoirs of a Geisha”.
Nichkhun, atau nama penuhnya Nichkhun Buck Horvejkul, telah dipaparkan dalam pelbagai filem dan drama selepas memulakan kerjaya sebagai sebahagian daripada 2PM pada 2008 dengan melancarkan album, “Hottest Time of the Day” tahun lalu, dia muncul dalam filem seram Thai “Cracked” dan drama Thai “Finding the Rainbow.”
“Sebagai seorang pelakon, Nichkhun telah dipuji kerana ekspresi emosinya yang halus dan semangatnya,” kata JYP dalam satu kenyataan. “Filem Hollywood pertamanya akan membolehkannya meningkatkan potensinya sebagai seorang pelakon berbakat di seluruh dunia.”
Nichkhun baru-baru ini menerima anugerah di Forum Industri Budaya Dunia (WCIF) kerana mempromosikan pertukaran budaya. Dia bersedia untuk membuat persembahan di WATERBOMB JAPAN 2023 pada 15 dan 29 Julai, mengambil alih pentas di Osaka dan Tokyo bersama rakan ahli 2PM JUN.K.