Kdrama siri Lies Hidden in My Garden akhirnya telah tamat setelah menayangkan kisah mengenai dua orang wanita yang mempunyai kehidupan dan latar belakang yang berbeza. Namun, di sebalik segala perbezaan, ternyata kedua-dua mereka sama-sama mempunyai suami toksik yang berjaya memanaskan emosi para penonton.
Karakter suami yang toksik tersebut membuat perkahwinan kedua-dua wanita tersebut tidak bahagia. Park Jae Ho (Kim Sung Oh) dan Kim Yoon Beom (Choi Jae Rim) akhirnya mati dibunuh oleh isterinya sendiri. Kematian mereka tentunya bermula kerana para isteri yang sudah tidak tahan lagi dengan perangai toksik mereka.
Walau berakhir tragis, mereka memang layak dipanggil sebagai suami red flag. Sama juga dengan karakter suami lain seperti di bawah ini yang wajib dihindari oleh semua wanita.
Jom sama-sama kita lihat watak suami red flag dalam Kdrama siri Korea yang ditayangkan pada bulan Julai 2023 seperti berikut ini:
1. Hanya memikirkan tentang diri sendiri sahaja, Park Jae Ho (Kim Sung-oh) akhirnya mati dibunuh setelah hampir membunuh isterinya dalam Lies Hidden in My Garden
2. Berakhir tragis dibunuh oleh isterinya, Kim Yoon Beom (Choi Jae Rim) sering melakukan keganasan rumah tangga terhadap isterinya yang sedang hamil dalam Lies Hidden in My Garden
3. Lee Tae Ho (Kim Young Hoon) yang beberapa kali berlaku curang terhadap isterinya dalam drama siri Battle for Happiness. Perempuan simpanannya yang terakhir juga telah hamil
4. Kaki botol dan seorang kaki mabuk yang sering melakukan penderaan dan keganasan dalam rumah tangga, Ban Hak Su (Baek Seung Chul) ditinggalkan oleh isterinya dan kini tidak dipedulikan oleh anaknya dalam See You in My 19th Life
5. Walau merupakan seorang konglomerat, Moon Jeong Hun (Choi Jin Ho) termasuk dalam golongan suami red flag kerana sanggup curang dengan sahabat isterinya dalam drama siri See You in My 19th Life
6. Walaupun kelihatan romantik, Kang Do Joon (Lee Gyu Han) ternyata sanggup membunuh isterinya yang sedang berdepan masalah kemurungan yang teruk dalam drama siri Battle for Happiness
7. Sikap buruknya membuatkan perkahwinan Han Jae Seok (Kim Hak Sun) berakhir dalam Delightfully Deceitful. Dia pernah mengajak keluarganya bunuh diri
Karakter seperti suami red flag dalam drama siri Korea ini wajib dihindari. Mereka hanya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan perasaan isteri mereka. Hasilnya, kebanyakan mereka perlu mengakhiri kehidupan rumah tangga dengan cara yang tidak baik.