Anda sedang bosan dan ingin menonton filem yang dapat meningkatkan kesedaran, simpati, empati, dan rasa kemanusiaan?
Ini saatnya anda untuk menonton filem dengan konsep “human trafficking” (pemerdagangan manusia).
Bagi anda yang ingin menonton filem yang mengangkat kisah human trafficking atau pemerdagangan manusia, pemerdagangan seks, maka senarai filem di bawah ini amat sesuai sebagai tontonan anda yang berikutnya.
Didominasi oleh filem dokumetari yang menunjukkan keadaan sosial sebenar di sekitar kita, filem-filem ini mungkin akan membuat anda termenung dan terkedu. Siapkan tisu ya!
Berikut ini adalah pilihan 10 filem tentang pemerdagangan manusia dengan rating tinggi versi IMDb.
1. Lilya 4-ever (2002) dengan rating 7.8 di IMDb ini bercerita tentang Lilya, gadis 16 tahun yang menjadi mangsa pemerdagangan seks
2. Raih rating 8.1 di IMDb, filem dokumentari The Day My God Died (2003) memperlihatkan bagaimana hidup gadis-gadis remaja hancur akibat pemerdagangan seks
3. Human Trafficking (2005) dengan rating 7.5 ini mengisahkan mengenai ejen imigresen dan pihak kastam Amerika bekerjasama menghentikan pemerdagangan manusia
4. Filem dokumentari The Children of Leningradsky (2005) dengan rating 7.8 menunjukkan komuniti anak terbuang di stesen kereta api Leningradsky, Moscow
5. Meraih rating 7.3 di IMDb, Trade (2007) fokus kepada Adriana, gadis 13 tahun yang diculik oleh sindiket pemerdagangan seks Rusia
6. Taken (2008) dengan rating 7.8 mengikuti kisah perjuangan Bryan Mills (Liam Neeson) menyelamatkan anaknya yang diculik oleh penculik untuk melakukan pemerdagangan seks
7. The Price of Sex (2011) adalah filem dokumentari yang meraih rating 7.4 di IMDb. Filem ini diceritakan melalui sudut pandangan para survivor pemerdagangan seks
8. Bergenre drama, jenayah, dan biografi, The Whistleblower (2010) yang mendapat rating 7.1 ini diinspirasikan dari kisah Kathryn Bolkovac yang menemukan skandal pemerdagangan seks
9. Not My Life (2011) merupakan filem dokumentari dengan rating 8.3 yang menceritakan tentang kisah sebenar budaya pemerdagangan manusia dan penggunaan kanak-kanak sebagai pekerja seks dalam dunia moden
10. Rating 6.8 di IMDb, I am Jane Doe (2017) adalah sejenis filem dokumentari yang menunjukkan perjuangan para ibu demi anak mereka yang telah menjadi mangsa pemerdagangan seks
Sepuluh filem yang tersenarai di atas sama-sama mengangkat kisah pemerdagangan manusia, pemerdagangan wanita, dan pemerdagangan kanak-kanak untuk dijadikan hamba dan pekerja seks. Semua filem di atas ini akan menghadirkan sisi simpati kemanusiaan kita. Selamat menonton!