Di tengah-tengah kesibukan aktiviti promosi hingga konsert jelajah yang begitu padat, tidak hairanlah jika beberapa orang idol KPop akhirnya tumbang kerana keadaan tubuh badan yang tidak cukup rehat.
Bahkan, kerana masalah kesihatan tersebut, beberapa orang dari mereka kemudian memutuskan untuk merehatkan diri dari hiruk pikuk dunia seni. Walaupun begitu, ramai peminat yang mengirimkan sokongan dan doa kepada idola yang diminati agar mereka cepat sembuh.
Berikut ini merupakan beberapa orang KPop Idol yang menyepikan diri pada bulan Mei kerana masalah kesihatan. Jom sama-sama kita lihat senarainya seperti di bawah ini:
1. Big Naughty
Pada 15 Mei 2023 Dewan Mahasiswa Universiti Keimyung mengumumkan bahawa penampilan Big Naughty yang dijadualkan pada hari itu terpaksa dibatalkan. Menurut pihak universiti, penyanyi rap itu sedang menderita penyakit hepatitis A.
“Jadual Big Naughty telah dibatalkan, kerana dia menghidap hepatitis A. Kami mohon maaf kepada alumni yang pasti mempunyai harapan tinggi untuk meyaksikan bintang tersebut,” kata pihak universiti.
Tidak ingin para peminat merasa bimbang, Big Naughty sempat berkongsi keadaan kesihatannya melalui laman akaun Instagram miliknya. Jejaka yang dilahirkan pada tahun 2003 tersebut menjelaskan bahwa dia telah mengunjungi hospital, lalu meminta maaf kepada para peminat kerana terpaksa membatalkan jadual penampilannya.
2. Junhyuk MIRAE
Selain itu, Junhyuk MIRAE dari kumpulan boy band ini juga disahkan tidak dapat menyertai aktiviti kumpulan itu kerana kecederaan yang dialami. Perkara tersebut disampaikan oleh pihak agensi, DSP Media, melalui laman rasmi mereka.
“Lee Junhyuk baru-baru ini mengalami kecederaan di pergelangan kaki sewaktu penggambaran video muzik untuk lagu baru, dan segera dikejarkan ke hospital yang terdekat untuk pemeriksaan lebih lanjut,” kata pihak agensi.
3. Wendy Red Velvet
Wendy pada bulan Mei baru-baru ini juga terpaksa berehat kerana dijangkiti COVID-19. SM Entertainment telah mengumumkan jadual Wendy yang pada waktu itu sedang melakukan jelajah Asia Tenggara dengan Red Velvet.
“Wendy merasakan gejala yang abnormal dan menjalani ujian antigen hari ini. Setelah melakukan ujian tersebut, sah bahawa Wendy positif COVID-19,” tulis pihak agensi.
Dengan keadaan kesihatannya pada waktu itu, Wendy terpaksa merehatkan diri, kerana dia perlu menjalani kuarantin dirumah. Pemilik nama asal Son Seung Wan ini disahkan tidak akan hadir untuk Wendy’s Young Street dan menunda konsert Red Velvet di Thailand.
4. Wooyoung ATEEZ
Sama juga dengan Junhyuk MIRAE, Wooyoung juga tidak dapat menyertai aktiviti ATEEZ kerana masalah kecederaan. Menurut pihak agensi, KQ Entertainment, dia mengalami kecederaan pergelangan kaki dan fokus kepada pemulihan.
“Wooyoung mengalami kecederaan pergelangan kaki dan fokus kepada pemulihan. Walaupun demikian, dia tetap tampil di atas pentas sambil duduk di kerusi kerana keinginannya yang kuat untuk memenuhi janjinya kepada para peminat.
Kerana perlu menjalani rawatan perubatan, Wooyoung tidak boleh mengikuti jadual THE DANCE DAY LIVE 2023 dan KCON 2023 JAPAN.
Kerana masalah kesihatan, para idol KPop yang tersenarai di atas perlu berehat dan tidak terlibat dengan jadual aktiviti mereka buat sementara waktu. Bahkan, kerana Wendy disahkan positif COVID-19, Red Velvet terpaksa menunda konsert mereka di Thailand.