Home Artis Korea Song Hye Kyo Mendahului Blue Dragon Series Awards 2023, Senarai Lengkap Pemenang...

Song Hye Kyo Mendahului Blue Dragon Series Awards 2023, Senarai Lengkap Pemenang Anugerah

0

Upacara Blue Dragon Series Awards 2023 telah berlangsung pada Rabu, 19 Julai 2023 secara gilang gemilang!

Upacara penyampaian anugerah yang telah diadakan untuk kedua kalinya ini berlangsung di Paradise City, Incheon, Korea Selatan. YoonA dan Jun Hyun Moo kembali menjadi pengacara majlis untuk majlis gah tersebut pada tahun ini.

Siapakah yang berjaya membawa pulang anugerah Blue Dragon Series Awards 2023?

1. Blue Dragon Series Awards dipersembahkan untuk kali kedua pada 2023

Blue dragon award

Blue Dragon Series Awards 2023 dianjurkan oleh Sports Chosun untuk menghargai setiap drama siri dan acara program Korea Selatan yang ditayangkan melalui platform streaming. Tahun ini, Blue Dragon Series Awards memperkenalkan beberapa kategori anugerah baru. Kategori itu antara lain adalah Daesang atau Grand Prize atau hadiah utama, Anugerah OST Paling Popular, dan Why Not Award. Kategori Why Not diberikan kepada artis atau karyawan yang menginspirasikan perubahan kepada dunia layanan streaming melalui idea-idea unik dan segar.

2. Song Hye Kyo menggondol Anugerah Daesang Blue Dragon Series Awards 2023

AwardSong Hye-kyo dipilih sebagai pemenang Daesang pertama yang dianugerahkan oleh Blue Dragon Series Awards. Semua orang tahu, bekas isteri Song Joong Ki ini memang tampil cemerlang dalam drama siri The Glory yang diterbitkan oleh Netflix.

Sementara itu Park Jaechan DKZ adalah orang yang pertama membawa pulang gelaran Anugerah OST Paling Popular melalui lagunya “Our Season”.

The Glory, Big Bet, dan Weak Hero Class 1 mendominasi jajaran pemenang. Nama-nama top seperti Lim Ji Yeon, Bae Suzy, hingga Park Jihoon juga memenangi anugerah di acara gergasi tersebut.

Berikut merupakan senarai lengkap pemenang Dragon Series Awards 2023:

3. Senarai Lengkap Pemenang Blue Dragon Series Awards 2023 Drama:

Blue dragon series awardDaesang (Hadiah Utama): Song Hye Kyo – The Glory
Drama Terbaik: Big Bet
Pelakon Lelaki Terbaik: Ha Jung Woo- Narco-Saints
Pelakon Wanita Terbaik: Suzy – Anna
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Lee Dong Hwi – Big Bet
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Lim Ji Yeon – The Glory
Pelakon Lelaki Baru Terbaik: Park Ji Hoon – Weak Hero Class 1
Pelakon Wanita Baru Terbaik: Shin Ye Eun – Revenge of Others
OST Paling Popular: Jaechan DKZ – “Our Season”
Why Not Award: Choi Hyun Wook – Weak Hero Class 1

Variety Show:

Program Variety Terbaik: Siren: Survive the Island
Penghibur Lelaki Terbaik: Yoo Jae Suk – PLAYou Level Up
Penghibur Wanita Terbaik: Joo Hyun Young – SNL Korea
Penghibur Lelaki Baru Terbaik: Dex – Bloody Game 2
Penghibur Wanita Baru Terbaik: Kim Ah Young – SNL Korea
TIRTIR Popularity Award: Cha Eun Woo ASTRO, Jaechan DKZ, Lee Kwang Soo, dan Kim Yeon Koung

Selamat maju jaya untuk para pemenang Blue Dragon Series Awards 2023!

Baca lagi: Revenant – 7 Misteri Yang Wajib Dirungkai Sebelum Episod Akhir
Baca juga: 10 Fakta Kampung Jangjin-ri, Asal-Usul Roh Jahat Dalam “Revenat”, Wujud Sejak 600 Tahun Lalu