Home News Tunggu 2 Jam Di Wad Kecemasan Dan Dilayan Kasar Oleh Pihak Hospital,...

Tunggu 2 Jam Di Wad Kecemasan Dan Dilayan Kasar Oleh Pihak Hospital, Sekali Ini Tindakan Jabatan Kesihatan

0

Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) memandang serius dakwaan mengenai seorang pegawai perubatan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS), yang dikatakan bertindak kasar dan tidak profesional terhadap pesakit.

Pengarah JKNS, Dr Asist Sanna berkata pihaknya kini menjalankan siasatan terperinci dan telus berhubung dakwaan pesakit terhadap pegawai perubatan terbabit sebelum mengambil sebarang tindakan sewajarnya.

Siasatan itu dijalankan selepas seorang pesakit mengadu dilayan dengan kasar oleh seorang pegawai perubatan dikenali sebagai ‘Azlinah’ berdasarkan laporan sebuah portal berita tempatan.

“JKNS ingin merujuk kepada petikan artikel bertajuk ‘Pengurusan Hospital Likas Perlu Ambil Tindakan Kepada Pegawai Perubatan Dikenali ‘Azlinah’ yang diterbitkan dalam sebuah portal tempatan pada 18 Julai lalu”

Baca lagi: Akibat Makan Cendawan Yang Dipetik Di Tepi Rumah, Anak Beranak Dikejarkan Ke Hospital

Baca lagi: Jadi Penterjemah Diantara Ibu Mentua Dan Ibu Kandung, Reaksi Maryam Pula Raih Perhatian Ramai

Screenshot 2023 07 24 110331
(Gambar hiasan)

Lihat juga video dibawah:

“Dimaklumkan bahawa jabatan ini memandang serius perkara ini dan siasatan terperinci serta telus sedang dijalankan”-katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan, pesakit terbabit mengadu tidak dirawat selepas lebih dua jam datang ke wad kecemasan HWKKS atas juga dikenali sebagai Hospital Likas, selain terpaksa menunggu di luar bangunan ketika hujan lebat.

Pesakit terbabit mendakwa dilayan dengan kasar oleh pegawai perubatan dikenali sebagai ‘Azlinah’ apabila beliau bertanya bila akan dipanggil hingga menyinggung perasaannya dan pesakit lain yang sudah lama menunggu.

Dr Asist mengatakan dalam satu pertemuan bersama pihak pengadu juga akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan dengan lebih lanjut berhubung perkara itu.

Pihaknya sentiasa mengambil berat terhadap maklum balas yang diterima dan melakukan langkah penambahbaikan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan.

“Jabatan ini juga menyeru kepada semua warga kerja JKNS agar sentiasa bersikap profesional dan mengamalkan komunikasi berkesan serta berhemah kepada semua pelanggan pada setiap masa”

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Sarang Burung