Jiran yang ada di sekeliling kita tidak semestinya mempunyai hati yang baik terdapat juga jiran yang berhati busuk dan tidak boleh melihat orang lain senang.
Baru saja tular sebuah video di tiktok @mazmimiee di mana memperlihatkan rakaman kereta yang dipenuhi dengan ranting dahan. Menurut pemilik rakaman tersebut, kesemua ‘sampah’ diletakkan oleh jiran sebelah dan dilihat oleh dirinya sendiri malah keretanya pernah juga terkena perkara yang sama padahal menurutnya juga kereta silver itu hanya diparking sekejap sahaja.
#jiranku dengan #berjaya nya telah meletakkan #sampah ranting dahan ke atas #kereta #tetamu #jiran belakang umah. Akak dah terkena haritu. Sekarang orang lain pulok!!! Lepas ni agaknya komuniti akan ambil tindakan rasanya. Sama sama lah kita doakan ye…
Kereta silver tu kejap je parking maklumlah ahad kan bertandang bukan sampai sehari semalam pun….
Di ruangan komen ramai yang mempersoalkan tindakan jiran tersebut padahal kereta tersebut tidak menghalang lalu lintas di situ kerana diletakkan betul-betul di bawah pokok di seberang jalan. Ramai yang turut marah melihatkan situasi seperti itu.
“kt taman landed pun ade cop parking ke?”
“perangai jiran kadang2 mcm budak2. letihh”
“ok lgi tu sis parking seberang tu.. jiran kami smua kwn sdra mai rumah. parking dpn pgaq rumah kmi terus.. auto ad speker mulut. tp nk guna tips ni”
“bahaya ni jenis mcm ni. padahal tak kacau laluan dia pun.”
Baca juga : Peguam Kongsi Cara ‘Ajar’ Jiran Yang Suka Parking Di Hadapan Rumah
Baca juga : Rakaman Jiran Parking Depan Rumah Undang Amarah, Netizen Turut Berkongsi Pengalaman Sama
Lihat klip rakaman di instagram :
View this post on Instagram
Lihat juga komen netizen :
@HMhaliza : pasang cctv nk tgk memerang mna bwt sarang kt kereta org tu
@Nur Khalid : tapi kalau park untuk selamanya, boleh bangkak mata ni.
@hariza : mmg ade jiran mcm ni .. parking kite parking dia jgk.
@zrn : kak. saya selalu kena. depan pagar ada orang parking. dia tetamu umah depan. tapi dah kenapa park depan pagar rumah kita. saya nak keluar susah
@AaJ : Sama perangai dgn jiran sy penuh sampah dia buh atas kereta sape park dpn mcm tu. last² dia buh kon, dia beli rumah skli jln gaknya
@Siluncai Cps : try pasang CCTV…bgi dia jadi artispopular ckit
@shemAzman : ye dowh.. ada je peel gini. siap park motor sblm p keje. 3 kete dia semua kena parking sederet
@Addychin46 : Ni la kan manusia Ada yg kurang Ada yg nak lebih2!
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram