Home New Post Betulkan Rantai Basikal Anak Istimewa Yg Tercabut, Rezeki Rider Foodpanda Ini Mencurah-Curah...

Betulkan Rantai Basikal Anak Istimewa Yg Tercabut, Rezeki Rider Foodpanda Ini Mencurah-Curah Selepas Itu

0

Anak istimewa adalah sebahagian daripada mereka yang tergolong dalam kumpulan Orang Kurang Upaya (OKU), iaitu seseorang yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperoleh sepenuhnya, atau sebahagian daripada keperluan biasa seseorang individu, dan tidak dapat hidup bermasyarakat dan layak diberikan perhatian yang lebih.

Baru sahaja tular sebuah video di tiktok @wanpedrochaka di mana memperlihatkan situasi rider foodpanda yang menolong membetulkan rantai basikal seorang anak istimewa. Rider foodpanda itu pada awalnya menyuruh budak tersebut untuk menunggu di situ sementara dia pergi menghantar makanan yang dipesan. Setelah menolong budak tersebut, rider tersebut menceritakan bagaimana rezeki dia bertambah selepas itu.

Ceritanya mcm ni, aku masa ni nak hantar oder. Ade ternampak adik ni duk tengok je rantai basikal dia . Dalam kepala aku mungkin rantai tercabut kot. so aku tanya dia knp dik? dia kata x tau la. x boleh nak kayuh la. sambil dia pandang muka aku.Bila aku tengok muka dia rupanya dia anak istimewa yang jenis muka sama je semua tu. apa tah nama dia aku lupa. And then aku ckp kat dia kejap dik adik tunggu situ. sebab aku nk hantar oder kejap rumah cust depan tu sikit je x jauh. so aku dtg balik nak tlg dia la. so seperti yang aku pikir tadi memang betul rantai dia tercabut. so aku turun la tlg dia mcm dlm video. pastu hujung2 tu aku ade tanya dia adik nk pergi mana surau ke? yela sebab dia pakai kopiah kan depan tu sikit ade surau. aku pon ckp okay la hati2 and then dia pon ckp terima kasih.

Dekat sini bukan aku nak tunjuk yang aku ni acah2 baik ke apa ke tak.Tapi kalau korang ade rase aku mcm tu aku mintak maaf awal2 la ye

Point dia dekat sini yang aku nk cerita sebenarnya nak tahu apa?
Lepas je aku tlg adik ni. Ade dalam 5-6 org cust oder cash semua bagi tips dekat aku atas rm 5. So aku rase mcm waw. Allah bayar cash mat. yelah mende aku boleh je pulang baki xde masalah pon. Tapi tu la, aku rase haritu duit tips saja aku dpt dlm rm 50.sapa nak bagikan? dalam app lagi ade cust bagi tips.Maknanya memang betul la org kata kalau kau buat kebaikan allah balas dgn kebaikan. Tapi kalau kau buat kejahatan kadang allah x balas pon sebab dia masih sayangkan kau.
Tujuan record memang utk simpanan sendiri je x de niat nk menunjuk.
Jadi lepas ni kalau korang ade nampak org dalam kesusahakn tepi jalan. kat mana2 ke kalau ade masa and ruang cuba la bantu. mana tahu allah balas lebih kan?Semoga korang semua yang baca dipermudahkan urusan dan dilacarkan rezeki

Di ruangan komen ramai yang mendoakan abang rider tersebut kerana telah menolong anak istimewa tersebut.

Baca juga : “Kesiannya..Dahlah Baru Baik Sakit Dari Kanser”-Luahan Rider Foodpanda Tarik Simpati Netizen

Baca juga : Food Panda Thailand Kehilanggan 2 Juta Pengguna Dan 90, 000 Peniaga Hanya Kerana Kesilapan Yang Satu Ini.

Lihat klip rakaman di isntagram :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga komen netizen :

@Syam.Murad : tq bang adik sy tu,semoga awak dimurahkan rezeki serta mendapat rahmat Allah SWT..Aamiin

@Nurfteha :saya suka baca caption abg , susunan ayat pun teratur je . Mesti abang ni bukan org² biasa.. foodpanda mesti as a partime je

@einadonz : nama adik nie anje org taman kami.alhamdulillah terima kasih bantu anje

@mai : nanti kalau aku dah takda harap sangat adik aku jenis macamni di kelilingi orang baik,((

@tiqa2408 : to me, bila kita buat baik ni, dia ada satu vibe dalam jiwa yg rasa happy puas sangat.

@LysAN : nama panggilan dia ‘manja’, memang rajin pergi solat ni

@KakNinie @akakpopis : abg tlg anak syurga bang.. Alhamdulillah moga lancar rezeki utk abg dan keluarga adik tu. pndai mak ayah dia didik anaknya.

@ieyyraaa99 : dalam kejar masa nk hntr Oder smpt awak tolong dia terma kasih orang baik semoga dipermudahkan segala urusan selalu

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram