Home Entertainment See You in My 19th Life, Mengapa Ha Do Yoon menolak cinta...

See You in My 19th Life, Mengapa Ha Do Yoon menolak cinta Cho Won

0

Ha Do Yoon (Ahn Dong Goo) merupakan watak pelakon utama kedua drama siri See You in My 19th Life. Lelaki ini memiliki garisan hubungan cinta dengan Yoon Cho Won (Ha Yoon Kyung).

Namun hingga episod 10 “See You In My 19th Life”, pasangan ini masih belum bersatu. Halangan cinta pasangan ini bukanlah orang ketiga, melainkan dari diri Ha Do Yoon sendiri. Jejaka itu bersungguh-sungguh menolak untuk bercinta dengan Yoon Cho Won.

Apakah alasannya untuk menolak cinta gadis itu? Jom sama-sama kita lihat ulasan berikut ini.

Peringatan, artikel ini mengandungi spoiler!

1. Ha Do Yoon dan Yoon Cho Won berbeza status sosial

8fda897c 3528 47b7 b043 e72ea0953012
Alasan utama Ha Do Yoon menolak cinta Yoon Cho Won adalah kerana perbezaan status sosial di antara mereka. Walaupun tidak pernah berlagak sombong, Yoon Cho Won merupakan anak bungsu kepada keluarga kaya raya. Manakala, Ha Do Yoon pula adalah anak yatim piatu daripada sebuah keluarga miskin.

2. Ha Do Yoon kerap dihina kerana keluarganya miskin

33f79f2f 89eb 4cf2 986d 9bae00a384f0
Walaupun kini telah berjaya kerana usaha dan kerja kerasnya, Ha Do Yoon sering dihina oleh bekas kawan-kawan sekolahnya. Dia kerap diejek kerana dia berasal dari keluarga yang kurang berada. Walaupun sebenarnya dia marah dan tersinggung, Ha Do Yoon hanya diam serta memendam amarah atas segala penghinaan tersebut.

Baca juga: See You in My 19th Life, 4 watak yang tidak wujud dalam versi webtoon

3. Persahabatannya dengan Moon Seo Ha juga dipandang serong

5ef744ef 48f2 49f5 a2a2 497e5c6ffc3d
Kerana perbezaan latar belakang keluarga di antara mereka, persahabatan Ha Do Yoon dan Moon Seo Ha (Ahn Bo Hyun) mendapat cemuhan. Ha Do Yoon dianggap berkawan hanya untuk mengikis harta. Padahal dia sangat tulus bersahabat dan bekerja dengan Moon Seo Ha.

4. Dia tidak ingin hubungannya dengan Yoon Cho Won dicemuh

a6d06131 9fd9 4167 8c81 bbfed3400007
Pandangan serong terhadap persahabatannya dengan Moon Seo Ha membuat Ha Do Yoon serik. Kerana itu, dia tidak ingin percintaannya nanti juga turut dicemuh dan diperli. Dia lebih suka memilih menjalin hubungan dengan gadis yang status sosialnya tidak jauh berbeza darinya. Dengan demikian, dia tidak akan diejek dan harga dirinya tidak terluka.

Baca lagi: See You in My 19th Life, 8 Fakta Kehidupan ke-19 Ban Ji Eum

5. Dia juga ingin fokus bekerja untuk memenuhi keperluan keluarga

See you in my 19th life
Faktor lain yang membuatkan Ha Do Yoon menolak untuk menjalin hubungan cinta adalah kerana dia ingin fokus bekerja. Sejak ayahnya meninggal, dia menjaga adiknya. Kini dia juga bekerja sebagai pencari nafkah utama. Kesibukan sebagai ketua keluarga membuatnya menolak untuk menjalin hubungan asmara.

Di episod 10 terungkap bahawa Ha Do Yoon sudah menyukai Yoon Cho Won sejak di bangku sekolah. Kedua-duanya merupakan cinta pertama masing-masing. Namun harga diri membuatkan Ha Do Yoon tidak berani memulakan hubungan lebih rapat dengan Yoon Cho Won. Adakah anda rasa sikap Ha Do Yoon ini relevan?

Jangan lupa untuk saksikan kelanjutan kisah “See You In My 19th Life” dalam episod minggu ini!

Baca lagi: 10 Filem Seram Dengan Kutipan Box Office Terlaris
Baca Juga: Revenant – Adakah Ibu Gu San Yeong Bakal Menjadi Mangsa Roh Jahat Yang Seterusnya?