Negara Jepun memang terkenal dengan penghasilan filem seram dan sekaligus tampil dengan adegan ganas yang berdarah (gore).
Seram dicampur pula dengan adegan yang memualkan membuat penonton tercengang dan meremang bulu roma. Kepakaran mereka adalah mewujudkan babak sadis dan ganas melampau yang memang akan dikenang-kenang.
Ramai penggiat filem Hollywood dan serata dunia menjadikan filem-filem seram dari Jepun sebagai rujukan untuk pembikinan filem mereka. Sensasi ngeri dan ngilu sentiasa menjadi buah tangan dari pengkarya seni filem seram Jepun.
Jom kita saksikan beberapa senarai filem seram Jepun yang paling gore dan mengerikan seperti di bawah ini:
Sadako Vs Kayako (2016)
Sadako vs Kayako, filem ini ditayangkan pada tahun 2016. Tontonan ini menampilkan pelbagai perkara yang berbeza. Dua hantu legenda Jepun bersatu dalam satu filem, Sadako dari filem The Ring dan Kayako dari The Grudge. Mengisahkan tentang Natsumi yang menjadi target dua hantu ini. Dia juga mendapat dua sumpahan. Pertama, dia melihat video terlarang dan kedua, dia masuk ke rumah puaka milik Kayako Saeki dan Toshio Saeki.
One Cut of the Dead (2017)
Filem ini menceritakan tentang zombie. Tayangan yang dilancarkan pada tahun 2017 ini juga mempunyai sisi menegangkan tetapi juga menghiburkan. Kerana kehebatan filem ini, filem ini mendapat rating 100% dari Rotten Tomatoes! One Cut of the Dead menceritakan tentang sekumpulan individu yang ingin membuat filem zombie di sebuah bangunan yang dipercayai dihuni oleh zombie dan ternyata benar, mereka bertemu zombie yang benar.
One Missed Call (2003)
One Missed Call menceritakan tentang sebuah panggilan telefon yang terakam dalam kotak suara. Namun, panggilan ini sangat misteri. Bahkan jika anda mengangkat panggilan tersebut, nyawa anda akan menjadi taruhan. Bermula dengan kisah Yumi dan kawan-kawannya yang mendapat gangguan panggilan misteri hingga pada akhirnya kematian pun menjemput mereka seorang demi seorang. Bolehkah mereka selamat dari gangguan misteri tersebut?
Suicide Forest Village (2021)
Terbiasa dengan hutan Aokigahara yang terkenal dengan keseraman dan kisah puakanya? Hutan yang disebut-sebut paling menyeramkan di dunia tersebut diadaptasi menjadi filem dengan tajuk Suicide Forest Village. Kisah filem ini bermula saat Hibiki dan Mei menemui sebuah kotak misteri. Sikap ingin tahu mula membuak-buak, mereka terus membuka kotak tersebut tanpa memikirkan asal-usul kotak itu. Ternyata, kotak tersebut menyimpan sumpahan puaka yang mengerikan dari hutan Aokigahara.
Bolehkah mereka terhindar dari sumpahan puaka tersebut?
Sadako DX (2022)
Hampir sama dengan siri filem sebelumnya, Sadako DX masih fokus kepada gangguan hantu wanita berambut panjang. Gangguan hantu Sadako bermula dari remaja perempuan yang bernama Ayaka Ichijo yang mendengar legenda sumpahan rakaman video. Ayaka justru menganggapnya hanya bualan belaka. Namun, semuanya berubah sewaktu adik Ayaka, Futaba, telah melihat salinan rakaman tersebut dan meninggal dunia dalam masa 24 jam. Tidak dapat menerima kematian adiknya, akhirnya Ayaka memutuskan untuk menyiasat sumpahan puaka rakaman video tersebut.
Filem-filem seram Jepun yang tersenarai di atas memang cukup mengerikan. Jalan cerita yang ditampilkan mengandungi pelbagai unsur mistik dan keganasan yang menakutkan. Gangguan oleh hantu dan makhluk ghaib dalam setiap filem yang tersenarai di atas nampak benar-benar hidup dan pasti membuatkan bulu roma anda berdiri tegak!