Home Entertainment 5 Filem Romantik Korea Pasti Menggamit Kenangan

5 Filem Romantik Korea Pasti Menggamit Kenangan

0

Seperti yang kita tahu, Korea selalu menghasilkan drama-drama dan filem yang bertema romantik. Bahkan setiap cerita yang diterbitkan boleh menghadirkan suasana sedih, bahagia dan perasaan yang bercampur baur sewaktu menontonnya. Kisah cinta yang ada dalam filem Korea mampu membuat kita terbawa-bawa dan hanyut dalam jalan ceritanya.

Berikut adalah pilihan 5 buah filem romantik Korea yang wajib anda tonton. Pasti menggamit kenangan bukan?

1. Il Mare (2000)

348a1b80 b31f 468c b958 c30520c30094
Filem romantik Korea ini sangat sarat dengan babak romantik bahkan boleh membuat para penonton senyum sendiri. Jalan cerita yang sangat unik menjadikan filem ini sangat disukai ramai peminat. Filem yang dibintangi oleh Jun Ji-hyun, dan Lee Jung Jae ini ditayangkan pada tahun 2000.

Filem ini mengisahkan tentang Eun Joo yang baru sahaja selesai menulis dan memasukkan kad ucapan Hari Krismas yang berisi pesanan dan ingatan kepada penghuni baru yang akan menghuni Il Mare dan berharap walau siapapun yang akan tinggal disana akan membalas kad ucapannya di kemudian hari. Il Mare adalah sebuah rumah kecil dan unik yang terletak di pinggir pantai.

2. My Sassy Girl (2001)

0ebfcf72 9aee 4484 866a 978742896bed
Filem yang dibintangi oleh Jun Ji Hyun dan Cha Tae Hyun ini ditayangkan pada tahun 2001. Filem ini bergenre Komedi dan romantik. Filem romantik Korea ini merupakan filem yang meraih kejayaan besar, pada tahun 2008 filem ini telah dibuat remake oleh pengarah dari Amerika.

Filem ini menceritakan tentang GyeonWoo, seorang pelajar jurusan kejuruteraan. Pada suatu hari dia bertemu dengan seorang gadis mabuk di sebuah stesen kereta api. Ketika didalam kereta api, gadis tersebut tiba-tiba pengsan dan sebelum pengsan gadis itu sempat mengucapkan kata-kata sayang kepada Gyeon Woo, ucapan tersebut membuatkan Gyeon Woo bingung kerana para penumpang kereta api yang lain menyangka Gyeon Woo adalah teman lelaki gadis itu dan menyuruh Gyeon Woo untuk bertanggung jawab. Dari situ lah kisah mereka bermula.

3. My Little Bride (2004)

85706d02 6d8b 40b9 abb5 55362020ad5d 1
Filem romantik Korea yang dibintangi oleh Moon Geun Young dan Kim Rae Won ini ditayangkan pada tahun 2004. Filem ini menjadi filem paling popular di Korea pada masanya. Filem ini menceritakan tentang perkahwinan yang diatur diantara seorang pelajar sekolah menengah dan seorang pelajar perguruan tinggi.

Tentu sahaja jodoh yang diatur ini ditolak oleh Boo Eun kerana dia sudah mempunyai kekasih yang diam-diam disukainya sejak lama dulu. Tetapi setelah kedatangan Sang Min, semua impiannya berubah dan dia perlu menjadi seorang isteri di usia yang masih muda.

4. More Than Blue (2009)

6f42fb91 2474 49f5 a670 22a83dcf843b

Filem romantik korea yang ditayangkan pada tahun 2009 ini dibintangi oleh Kwon Sang-woo, Lee Bo-young dan Lee Beom-soo sebagai pelakon utama. Filem yang diarahkan oleh Won Tae-yeon ini bergenre drama dan romantik.

Filem ini menceritakan tentang pertemuan antara Kay dan Cream, Kay sudah jatuh cinta pandang pertama. Kay yang hidup sendiri setelah diabaikan oleh ibunya, manakala Cream juga hidup sendiri setelah kedua orang tua dan adiknya meninggal dunia akibat sebuah kemalangan.

5. My GirlFriend Is An Agent (2009)

Filem romantik korea
Filem romantik Korea ini berbeza dengan yang lain kerana bergenre komedi, aksi, dan juga romantik. Filem ini ditayangkan pada tahun 2009 dan dibintangi oleh Kim Ha Neul dan Kang Ji Hwan. Filem yang diarahkan oleh Shin Tae Ra ini menduduki tangga keempat yang paling banyak ditonton.

Filem ini menceritakan tentang kumpulah penjenayah Rusia yang mengambil pemilikan senjata yang canggih dari Korea dan dua orang ejen khas menjadi satu-satunya harapan dunia untuk menghentikan mereka. Mereka adalah Ahn Soo Ji (Kim Ha Neul) dan Lee Jae Joon (Kang Ji Hwan).

Pasti ada dikalangan anda yang sudah menonton filem-filem romantik Korea yang tersenarai di atas bukan? Demikian sahaja senarai 5 filem romantik Korea yang boleh anda tonton bersama pasangan anda. Selamat menonton!

Baca lagi: 5 Filem Seram Thriller Seperti ‘The Invitation’, Menarik Ditonton
Baca juga: 9 Filem Korea Ini Pasti Membuatkan Anda Menitiskan Air Mata