Home Artis Korea 10 Idol Kpop Memiliki IQ Hampir Sama Dengan Albert Einstein

10 Idol Kpop Memiliki IQ Hampir Sama Dengan Albert Einstein

0

Mungkin ramai peminat yang berfikir bahawa para bintang idol Korea Selatan hanya mengharapkan pakej rupa paras yang mereka miliki untuk melayakkan mereka menjadi seorang bintang.

Namun, ternyata selain bakat yang mereka miliki ternyata beberapa orang idol Kpop Korea Selatan ini juga diberikan anugerah memiliki kepintaran atau IQ yang tinggi, bahkan beberapa orang idol di antara mereka memiliki IQ yang sama dengan ahli sains Albert Einstein!

Berikut adalah senarai 10 idol KPop yang mempunyai IQ sangat tinggi dipetik dari Allkpop, siapakah mereka?

1. RM BTS

Idol
Idol dan Ketua kumpulan muzik ternama Korea BTS iaitu RM ternyata memiliki IQ mencapai 148. Ketika dia masih menjadi pelajar sekolah menengah, dia pernah mendapat skor 900 dari 990 di TOEIC yang merupakan ujian standard antarabangsa yang menguji kemampuan bahasa Inggeris. Sebagai pelajar sekolah menengah, RM termasuk dalam 1 peratus pelajar dengan penilaian teratas dalam ujian kemasukan ke universiti awam untuk mata pelajaran seperti, bahasa, matematik, bahasa asing, dan ilmu sosial.

2. Cha Eun Woo

IQ
Dengan wajah yang memang kelihatan genius, ternyata Cha Eun-woo merupakan seorang genius akademik dengan IQ 142. Sewaktu dia masih belajar, Cha Eunwoo mempertahankan tempat ketiga dalam seluruh skor dalam ujian penilaian dan tidak pernah keluar dari kedudukan 5 teratas. Eun-woo juga merupakan presiden OSIS dan juga telah memenangi anugerah untuk pertandingan Bahasa Inggeris, uji bakat, dan debat terbuka.

3. Changmin TVXQ

1862ba88 f886 49d9 8562 cc220906ec77
Changmin memiliki IQ mencapai 150, dia hanya ketinggalan 10 mata lebih rendah dari Albert Einstein. Changmin belajar di salah sebuah universiti top di Asia, Universiti Kyunghee, dan mengambil Jurusan Muzik Postmodern. Pada tahun 2011, Changmin mengejar ijazah kedua di Universiti Konkun yang merupakan salah satu Universiti Swasta terlengkap di Asia. Changmin mengambil jurusan Filem dan Seni.

4. Hani EXID

088f9d00 fe64 4f74 ae9b c9a38db7e94d
Hani memiliki IQ yang mengejutkan iaitu 145. Seperti RM, dia mendapat skor 900 dari 990 semasa ujian TOEIC, dan dia mengejutkan semua orang ketika mengakui bahawa dia hanya menghabiskan waktu dua bulan untuk persiapan ujian. Selain fasih berbahasa Inggeris dan Korea, Hani juga mampu bertutur dalam bahasa Mandarin dengan lancar.

5. Kyuhyun Super Junior

6de44b94 c72c 476d 8e88 5fcade5bdc6b
Kyuhyun memiliki IQ tinggi mencapai 130 dan merupakan sebahagian dari 5 peratus pelajar teratas dengan salah status salah seorang calon Matematik terbaik di kelasnya. Sebagai pelajar sekolah menengah, dia pernah memenangi pingat Emas di Olimpiade Matematik Kebangsaan. Kerana prestasi akademiknya, Kyuhyun didesak untuk belajar undang-undang oleh orang tuanya. Dia awalnya memilih untuk mengejar jalan itu, tetapi meninggalkannya ketika menyedari bahawa dia boleh menyanyi setelah bergabung dengan sebuah band.

Awalnya ayah Kyuhyun menentang impian anaknya, tetapi selepas dia diterima masuk ke universiti yang dieegani akhirnya ayahnya menyokonh keinginan Kyuhyun. Kyuhyun belajar di Universiti Kyunghee yang merupakan salah satu universiti paling berpengaruh di Korea Selatan dengan jurusan Muzik Post-Modern. Dia menerima ijazahnya pada tahun 2013. Pada tahun 2016, dia juga melengkapkan pengajian master dalam bidang Muzik Post-Modern di universiti yang sama

6. Yunho TVXQ

12da1036 d912 48eb 8bb9 85aa80e1ee06
Yunho diterima masuk ke Universiti Kyunghee selepas lulus sekolah menengah tetapi memilih untuk belajar di Universiti Myongji. Dia kemudian menyambung ijazah sarjana muda di Universiti Chungwoon. Dengan IQ mencapai 142, Yunho fasih berbahasa Korea dan Jepun.

7. Park Kyung Block B

329055d5 e67b 40ac ab10 e72e1188f6e6
Park Kyung memiliki IQ 156, hanya empat mata lebih rendah dari Albert Einstein. Dia juga termasuk dalam 1% teratas dari manusia terpintar di dunia. Hebat bukan? Park Kyung adalah anggota Mensa International iaitu masyarakat IQ tinggi terbesar dan tertua di dunia serta hanya terbuka untuk orang-orang yang mendapat skor pada peratusan ke-98 atau tertinggi pada ujian IQ standard yang dikawal secara ketat. Park Kyung sendiri bersekolah di sekolah khas untuk para genius.

8. Wendy Red Velvet

86453983 7f9d 46b1 9760 688727da6ed1
Selama berada di Amerika Syarikat dan Kanada, Wendy idol dari kumpulan Red Velvet dapat mempelajari empat bahasa seperti: Korea, Inggeris, Perancis, dan Sepanyol. Semasa menjadi seorang pelajar, dia mendapat nilaian gred purata 3.93 ke atas dan juga 4,0. Walaupun IQ-nya tidak pernah didedahkan, dijangkakan IQ yang dimiliki oleh Wendy mencapai 140.

9. Tablo Epik High

a77ace02 3134 4602 b18d e3234a25554c
Daniel Armand Lee atau Lee Seon-woong lebih dikenali dengan nama pentas Tablo adalah seorang idol, penyanyi rap, penerbit rakaman, penulis lagu, dan penulis bangsa Korea. Tablo memiliki IQ 160 sama dengan Albert Einstein. Dalam perkembangan menuju dewasa, Tablo bersekolah di banyak sekolah kerana keluarganya selalu berpindah-randah.

Semasa di Kanada, dia bersekolah di St. George’s School di British Columbia sebelum berpindah ke Seoul International School ketika keluarganya kembali ke Korea Selatan.
Dia merupakan mahasiswa dari universiti nombor 4 terbaik di Amerika iaitu Universiti Stanford. Dia mendapat Sarjana Sastera Bahasa Inggeris dan Master dalam penulisan kreatif hanya dalam waktu tiga tahun.

Selama berada di Universiti Stanford, Tablo berada di bawah pengawasan Tobias Wolff yang merupakan seorang penulis cerita pendek, penulis memoir, novelis, dan Guru Penulisan Kreatif di Amerika yang sangat terkenal.

10. Ok Taecyeon 2PM

cc7c1bf7 2342 41dd 9255 1295136a77d1
Taecyeon mengejutkan para peminat ketika dia mendapat skor 990 dari 990 untuk Ujian TOEIC. Perkara ini membuktikan bahawa dia fasih berbahasa Inggeris. Sewaktu dia bersekolah di sekolah menengah di Massachusetts, Taecyeon adalah anggota kelab catur, Jazz Bang, JV Soccer Team, dan National Honor Society. Semua perkara ini membuktikan kejayaannya dalam akademi dan kokurikulum.

Taecyeon melanjutkan pengajian di Universiti Dankook dan mengambil jurusan pengurusan perniagaan. Dia kemudian pergi ke Sekolah Pasca Sarjana International Study Universiti Korea, di mana Taecyeon mengambil jurusan Hubungan Antarabangsa. Taecyeon sendiri memiliki IQ 130.

Melihat IQ para idol Korea Selatan di atas tentu membuktikan bahawa para idol Korea ini bukan hanya mengharapkan kepada pakej yang mereka miliki. Dilengkapi dengan IQ yang tinggi, para bintang idol ini juga membuktikan bahawa kerja keras juga diperlukan untuk menjadi seorang idol ternama di Korea Selatan.

Tahukah berapa nilai IQ anda?

Baca lagi: The Uncanny Counter 2 Kembali Lebih Kuat, Tayang 29 Julai
Baca juga: “Arthdal ​​Chronicles: The Sword of Aramoon”, Disebalik Tabir Pembacaan Skrip