Home Entertainment 10 Nasib Akhir Watak-Watak Dalam D.P. Musim 2, Akan Ada Musim 3?

10 Nasib Akhir Watak-Watak Dalam D.P. Musim 2, Akan Ada Musim 3?

0

Netflix baru sahaja menayangkan drama siri terbarunya yang bertajuk D.P. musim 2. Drama siri tersebut meneruskan kisah musim pertamanya yang ditayangkan pada tahun 2021.

The New York Times menyenaraikan D.P. sebagai salah satu rancangan TV Korea terbaik pada tahun 2021, menyifatkannya sebagai “pemeriksaan sensitif dan terus terang tentang bagaimana ganas, buli sadis dan hierarki yang tegar mendorong lelaki muda Korea Selatan untuk melarikan diri daripada tentera.”

Musim pertama D.P turut menggondol beberapa anugerah berprestij seperti Anugerah Drama Terbaik di Anugerah Seni Baeksang dan Anugerah Siri Naga Biru.

DP membentangkan kisah pasukan Deserter Pursuit mengejar deserters tentera. Drama ini memaparkan sisi suram perkhidmatan ketenteraan di Korea Selatan dimana askar diperlekehkan dan dibuli ke tahap yang melampau, tema yang tidak romantik, menjadikannya pembuka mata yang sebenar.

Kini dalam D.P. Musim 2 menceritakan tentang angkatan tentera darat dari unit D.P. dalam menjalankan misi pencarian tentera-tentera yang melarikan diri dari tugas. Berbagai-bagai kes pelarian tentera perlu ditangani oleh An Jun Ho (Jung Hae In) dan Han Ho Yeol (Koo Gyo Hwan).

D.P. Musim 2

Lalu, bagaimanakah nasib akhir setiap watak dalam drama siri D.P. musim 2? Jom sama-sama kita lihat huraian seperti di bawah ini:

Perhatian, artikel ini mengandungi spoiler!

 

1. Selepas memberikan flashdisk yang mengandungi sisi gelap angkatan tentera, An Jun Ho (Jung Hae In) dipindahkan ke Yong Dang-ri untuk meneruskan tugas ketenteraannya

0a9aa54f 6487 478d 9b5e d688a619e612
2. Sementara itu, sang rakan sepasukannya, Han Ho Yeol (Koo Gyo Hwan) juga berpisah dengan An Jun Ho dan pindah ke Incheon

55a96509 6f94 4f44 8af9 c4b894aa8375
3. Berkorban demi orang bawahannya, Park Beom Gu (Kim Sung Kyun) masuk penjara kerana melaporkan urusan dalaman pihak ketenteraan ke muka pengadilan

1646b329 6221 4d7a 80c9 a3bf520f7446
4. Masih bekerja sebagai tentera, Lim Ji Seob (Son Suk Gu) berdamai dengan bekas isterinya sewaktu membongkarkan kebenaran

fa3db4cc 4e67 4f26 97fc 4e37bb66c633
5. Setelah diberhentikan dari pasukan ketenteraan, Seo Eun (Kim Ji Hyun) mendedahkan kebenaran dengan menjadi peguam di firma guaman sendiri

6da3f7b5 0943 4fb9 9739 817236ec29e1
6. Flashdisk yang mengandungi kejahatan Ku Ja Woon (Ji Jin Hee) berjaya dibawa ke muka pengadilan. Namun, hukuman Ku Ja Woon tidak ditunjukkan dengan jelas

8b4d7f77 eac0 4b27 a6b6 09e638549fbb
7. Sama juga dengan tangan kanan Ku Ja Woon, Oh Min Woo (Jung Suk Yong). Sayangnya, nasib dia juga tidak ditunjukkan sama ada dia dihukum ataupun tidak

eed8f146 39d3 4d5c 8280 876b621639d5
8. Tidak lagi mendapat layanan istimewa, Park Se Woong (Yoo Su Bin) menyertai D.P. dan tidak lagi berkelakuan manja kerana telah diberi amaran oleh An Jun Ho

058369e9 ba35 432e a47f 3326691f1e6b
9. Setelah menyaksikan kematian orang atasannya, Shin A Wi (Choi Hyun Wook) yang pada asalnya adalah seorang yang baik telah berubah secara drastik menjadi seorang kaki buli dan kasar

2888b9a3 e6cc 413e 9e1e cf131ee19133
10. Hukuman Kim Ru Ri (Moon Sang Hoon) juga tidak ditunjukkan. Kemungkinan, hukumannya boleh diringankan hasil daripada isi kandungan flashdisk Ku Ja Woon

D.P.
D.P. musim 2 berakhir dengan cukup banyak pertanyaan dan persoalan yang masih belum terjawab. Namun, An Jae Ho dan pasukan D.P. berjaya mendedahkan segala kebusukan dunia ketenteraan.

Jangan lupa tonton D.P Musim 2 pada hanya di Netflix.

Adakah anda puas hati dengan ending Kdrama ini atau anda ingin drama ini diteruskan ke musim 3?

Baca lagi: 10 Idol Kpop Memiliki IQ Hampir Sama Dengan Albert Einstein
Baca juga: D.P. Musim 2 – 4 Sebab Mengapa Perlu Tonton K-Drama Ini
Baca lagi: The Uncanny Counter 2 Kembali Lebih Kuat, Tayang 29 Julai