Home Artis Korea Kdrama 2023 – 8 Protagonis Menjadi Mangsa Tuduhan Palsu

Kdrama 2023 – 8 Protagonis Menjadi Mangsa Tuduhan Palsu

0

Dalam kdrama Netflix “Celebrity”, Seo A Ri (Park Gyu-young) adalah selebriti Instagram yang sangat popular dengan jutaan followers (pengikut) di media sosial. Wanita tersebut juga mempunyai perniagaan fesyen yang mendapat kejayaan besar. Sayangnya, tuduhan palsu dari seorang individu yang membencinya telah menghancurkan semua usaha kerasnya selama ini.

Termasuk Seo A Ri, terdapat ramai watak protagonis dalam drama siri 2023 yang menjadi mangsa tuduhan palsu. Fitnah yang tidak berasas membuatkan beberapa watak dalam Kdrama 2023 berikut menderita.

Jom sama-sama kita lihat lapan watak protagonis dalam kdrama siri tahun ini yang menjadi mangsa tuduhan palsu.

1. Park Seung Jae (Cha Seong Je) mengalami tekanan perasaan kerana ayahnya melemparkan tanggung jawab kes pembunuhan kepadanya dalam Lies Hidden in My Garden

ccdcb167 cc6c 4b7c 85ea 8b85fb31fe58
2. Dalam drama siri yang sama, Lies Hidden in My Garden, Oh Hae Soo (Jung Woon Sun) dijauhi oleh jiran tetangga kerana dituduh sebagai pembunuh suaminya padahal dia sebenarnya adalah mangsa kepada pasangannya yang posesif

14964518 1141 443e bae9 5a85d4ffb24d
3. Karier, perniagaan, serta hidup Seo A Ri (Park Gyu Young) sebagai selebriti Instagram hancur kerana tuduhan palsu dari orang-orang yang membencinya dalam drama siri Celebrity

1dc9f1c5 36c7 43bb 8e48 b315ab615ea3
4. Antagonis utama The Good Bad Mother menjebak Choi Kang Ho (Lee Do Hyun) dengan tuduhan pembunuhan. Nasib baik, pendakwa raya itu cukup bersedia dengan sebarang kemungkinan

4454760f 95fb 4657 b80a cf6413d9d71b
5. Kerana permintaan dan perintah ayahnya, Lee Doo Hak (Jang Dong Yoon) dalam drama siri Oasis telah masuk penjara atas kes pembunuhan walau dia bukan penjenayah sebenar

7b9347c3 7c44 4a97 a5dd 36d82a1a1e93
6. Nam Haeng Seon (Jeon Do Yeon) pernah difitnah menggoda guru dalam Crash Course in Romance hingga kedai lauknya tidak ada pelanggan

8740a775 111b 4f20 8a79 725882541513
7. Min Jae Yi (Jeon So Nee) dalam Our Blooming Youth pernah menjadi pelarian kerana dituduh sebagai pembunuh ahli keluarganya

c66d2dbb 76fd 430b 9497 e8ae645b855f
8. Lesen pengamal perubatan Yoo Se Yeop (Kim Min Jae) hampir ditarik kerana tuduhan palsu yang berkaitan dengan tindakan tidak beretika dalam Poong, the Joseon Psychiatrist 2

Kdrama

Semua lapan watak yang tersenarai di atas menderita kerana tuduhan palsu yang mereka terima. Untungnya, mereka tetap boleh menghadapi semua dugaan dengan kuat semangat. Selain itu, pada akhirnya kebenaran terungkap bahawa mereka hanyalah mangsa tuduhan palsu yang tidak berasas.

Baca lagi: Kdrama 2023 – 7 Watak Wanita Yang Akhirnya Bahagia Dengan Cinta Pertama Mereka
Baca juga: Kdrama 2023 – 8 Watak Paling Misteri, Menimbulkan Prasangka Buruk