Ramai sebenarnya orang di luar sana yang masih mempunyai perasaan timbang rasa terhadap orang di sekeliling cuma tidak dipaparkan di media sosial.
Baru sahaja tular sebuah video di media sosial tiktok @hazamrazali di mana memperlihatkan situasi pemilik video yang dikatakan tidak sampai hati untuk menekan hon walhal di belakangnya terdapat kereta yang menghalangnya untuk keluar. Dia tidak sampai hati kerana dia menyedari pemandu di belakangnya yang juga seorang pakcik sedang ralit menjamu selera.
aku nak undur kereta …tak sampai hati nk hon pakcik ni …sbb rupanya pakcik tu tgh mkn dalam kereta … dekat park hospital ipoh … maybe dia penat menungu di hospital smpai makan pun tak sempat … so aku tungu pakcik ni habis makan ….baru aku suruh dia alih kereta
Ramai yang kagum dengan sifat pemilik rakaman tersebut dan dikatakan dia mempunyai tahap empati yang sangat tinggi terhadap orang di sekeliling.
“kdg2 common sense cmni Kita nak.. Kita mudahkan urusan org lain..insyallah mudah urusan Kita nnti”
“kita ada pilihan untuk beritahu , tapi kita pilih untuk permudahkan urusan dia dahulu..tahniah tinggi adab awak untuk seorang pakcik yg nak menjamah”
Baca juga : Selalu Dtg Ke Kedai Makan Dgn Berbasikal, Keadaan Pakcik Ini Buat Ramai Yang Sebak Dan Mahu Menolong
Baca juga : Beli Keropok Di Tepi Jalan, Kata-Kata Pakcik Ini Buat Ramai Yang Sebak
Lihat klip rakaman di instagram :
View this post on Instagram
Lihat juga komen netizen :
@Arasoyhhhhhhhh : btul . adab die sgt tinggi. bangga atas didikan mak ayh beliau
@selipar : rasa2 ada jugak nmpk kncil ni dr awal bulan 7 sbb sy pun dok pegi hospital ni ayah sakit..
@UmmuSHA : alhamdulillah kdg2 Cuba memahami situasi org akn buat Kita tenang Dan dlm xsedar Allah mudahkan kita
@tuliptune : Kelaparan sgt nmpknye tu.. Sy xleh la tgk mcmni..terima kasih encik sbb mudahkan urusan pakcik tu. Allah je membalasnya
@Cikbungacikkebumcikkebum : Kebaikkan kcik je tapi impak yg besar. contoh yg baik utk kita manusia yg alpa. Terima kasih
@Hong Banjang : Common sense yg kdg2 x semua org ada termasuk diri saya sendiri. tahniah awak..
@ienMon : Baik betul didikan parents awak.. bangga diorang dpt anak baik budi pekertinya
@Wan : Tahniah cik. Tinggi adab cik. Semoga urusan cik dipermudahkan urusan selalu
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber : Tiktok dan instagram