Home Artis Korea 8 Kdrama Popular Ahn Bo Hyun, Kekasih Jisoo BLACKPINK

8 Kdrama Popular Ahn Bo Hyun, Kekasih Jisoo BLACKPINK

0

Khabar bahagia akhirnya muncul dan berita itu datang dari salah seorang anggota kumpulan girl group popular Korea iaitu Jisoo BLACKPINK. Bintang idol berbakat yang berusia 28 tahun ini disahkan sedang menjalin hubungan romantik dengan pelakon Ahn Bo-hyun.

1b1789f9 f340 44ba a082 be2c7d598a77Ahn Bo Hyun merupakan pelakon popular Korea Selatan yang dilahirkan pada tahun 1988. Nama Ahn Bo Hyun mula dikenali ramai setelah berlakon sebagai sebagai watak antagonis dalam drama Itaewon Class (2020).

Jom kita kenali lebih dekat teman lelaki Jisoo BLACKPINK ini dengan melihat senarai drama siri popular yang pernah dibintanginya, berikut ini merupakan 8 drama siri Korea popular yang dibintangi oleh Ahn Bo Hyun. Kekasih hati Jisoo BLACKPINK!

 

Ahn bo hyun

1. Turut membintangi drama siri Descendants of the Sun (2016), Ahn Bo Hyun adalah salah seorang anggota pasukan Alpha dengan nama samaran Piccolo

 

5c53f2c5 21eb 4fe0 a11a 509ce8db5ac72. Ahn Bo Hyun menjadi abang angkat kepada Park Min Young dalam drama siri Her Private Life (2019). Setelah ibunya meninggal dunia, dia dibesarkan oleh ibunya Park Min Young

 

d1cedf2d d0e8 44c1 ac3c 50b2f1fb3092

3. Ahn Bo Hyun mendapat populariti dan perhatian luar biasa ketika dia membawa watak sebagai seorang lelaki yang menjengkelkan dalam drama siri Itaewon Class (2020)

 

dbc75d31 7ef4 426d b39b 5aea31266712

4. Ahn Bo-hyun adalah orang kepercayaan bosnya, Shin Sung Rok dalam drama siri Kairos (2020). Banyak plot twist dalam Kdrama ini!

 

716cde09 7092 412b bb1c 1c242709b1a5

5. Selepas satu pertemuan yang janggal, Ahn Bo-hyun dan Kim Go Eun akhirnya menjalin kisah romantik dalam drama siri Yumi’s Cells (2021)

 

2bf9a1b9 e132 4e5f 92b6 8b26c1df196e

6. Ahn Bo-hyun adalah detektif polis yang menjadi rakan sekerja Han So Hee dalam drama siri My Name (2021)

 

IMG 8932

7. Ahn Bo-hyun menjadi pendakwa raya ketenteraan untuk mengetahui kebenaran tentang kematian ibu bapanya dalam drama siri Military Prosecutor Doberman (2022)

 

ba31322b 1738 4f6c 8418 1b5be2a26bd3

8. Ahn Bo-hyun kembali ditemukan dengan cinta pertamanya yang dilahirkan semula dalam tubuh Shin Hye Sun dalam drama siri See You in My 19th Life (2023)

IMG 8928

Ahn Bo-hyun memulakan karier lakonannya pada tahun 2014 melalui watak kecil dalam drama siri Golden Cross (2014). Namanya mula dikenali ketika dia membintangi drama Itaewon Class (2020). Pelakon yang berusia 35 tahun ini, baru sahaja mengesahkan hubungan asmaranya dengan Jisoo BLACKPINK. Selamat berbahagia untuk Ahn Bo-hyun dan Jisoo ya!

Baca lagi: Topik HAESOO Terus Trending Setelah Hubungan Cinta Jisoo & Ahn Bo Hyun Disahkan
Baca juga: Ahn Bo Hyun dan Jisoo BLACKPINK Disahkan Sedang Bercinta