Home Dari Kisah Benar 5 Kes Kematian Terjadi Setelah Menonton Filem Seram

5 Kes Kematian Terjadi Setelah Menonton Filem Seram

0

Dari beberapa sumber pakar psikologi, ada beberapa kesan buruk dari filem seram, terutama mereka yang sensitif atau menderita gangguan anxiety.

Seorang pakar psikologi, Sally Winston menerangkan bahawa ketika berada dalam keadaan seram, jantung kita berdegup kencang, peningkatan adrenalin dan paras perhatian semakin menjadi semakin rendah, meskipun mempunyai kesedaran bahawa anda berada di rumah atau teater dan tidak diancam dalam dunia realiti.

Oleh itu, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Disebabkan filem seram dihasilkan untuk menimbulkan ketegangan, ketakutan, tekanan dan kejutan, ia juga boleh menyebabkan pembebasan hormon seperti norepinephrine, kortisol dan adrenalin daripada sistem saraf autonomi.

Kita mungkin dapat melihat tindak balas fisiologi daripada hormon ini melalui pembeliakan anak mata, peningkatan kadar denyutan jantung dan ketegangan otot.

Berikut merupakan 5 kes kematian yang pernah terjadi akibat dari kesan buruk selepas menonton filem seram:

 

1. Meninggal dunia ketika sedang menonton Annabelle Comes Home

Filem seram

Seorang lelaki bernama Bernard Channing meninggal dunia dalam usia ke-77. Dia ditemukan terbujur kaku di dalam pawagam ketika selepas tamat tayangan filem Annabelle Comes Home.

Memetik dari The Sun, tiada siapa pun yang tahu penyebab dari kematian tersebut. Ini kerana, Channing memang dinyatakan sudah meninggal sejak di ditemukam dalam pawagam. Namun, ramai orang yang mencurigai kematiannya kerana serangan jantung, kerana usianya juga sudah agak tua.

Filem seram Annabelle Comes Home sendiri merupakan sekuel Annabelle yang turut menghadirkan Mckenna Grace, Madison Iseman dan Katie Sarife, bersama dengan Vera Farmiga dan Patrick Wilson yang memainkan semula peranan mereka sebagai Ed dan Lorraine Warren. Sepasang suami isteri dari The Conjuring ini meletakkan boneka Annabelle di rumah mereka, boneka berupa anak perempuan  yang mampu mengundang kuasa jahat yang mematikan!

 

2. Meninggal dunia kerana jerung Jaws

Kematian

Pada tahun 1975, Steven Spielberg mengeluarkan sebuah filem seram penuh darah. Yang menakutkan ia bukanlah psikopat, bukan pula hantu, melainkan ikan jerung pemakan daging manusia! Nampak seperti klise sangat kan? Kerana ia seharusnya seperti filem aksi biasa Jurassic Park atau Godzilla. Tapi untuk ikan jerung, ia bukan sahaja menunjukan aksi biasa, tetapi yang lagi menyeramkan ia juga mampu mengintai, menerkam, dan mencabik-cabik mangsanya! Memang nampak sangat menegangkan.

Tidak berapa lama setelah ia ditayangkan pada tahun 1975, seorang penonton bernama Elmer Sommerfield meninggal dunia di dalam pawagam. Kematiannya dikaitkan akibat serangan jantung kerana terlalu terkejut dengan adegan terkaman ikan jerung secara tiba-tiba yang penuh keganasan! Sang isteri dikatakan segera mencari bantuan, tetapi semuanya sudah terlambat.


3. Meninggal dunia kerana terkejut akan klimaks The Conjuring 2

IMG 9064

Kesan ketakutan dari aksi roh jahat Valak mampu memberi aura luas biasa sehingga ke luar skrin. Bukan hanya membunuh beberapa karakter di dalam filem, Valak juga “membunuh” seorang penonton yang ada di India.

Memetik dari Indian Times, seorang lelaki berusia 65 tahun meninggal dunia ketika sedang menonton The Conjuring 2, di pawagam bandar Tiruvannamalai. Hal ini terjadi pada disaat babak klimaks. Penonton itu mengeluh sakit yang teramat di dadanya, kemudian dilarikan ke hospital. Malangnya, di dalam perjalanan, nyawanya tidak dapat diselamatkan.

Ada kemungkinan lelaki itu merasa kesakitan kerana jantungnya memang sudah lemah dan tidak dapat menerima babak seram yang mencengkam.


4. Pelajar meninggal dunia setelah menonton 4 filem seram

IMG 9065

Kadang, kesan “buruk” filem seram bukan hanya terjadi saat filem berlangsung. Kes kematian menimpa seorang pelajar India pasca menonton 4 filem seram sekaligus pada malam hari di asramanya. Pelajar bernama Prabhakar ini kemudian pergi ke bilik mandi. Namun, dia terkejut dengan suara jeritan rakannya.

Rasa terkejut itu “triggered” kerana dia menonton filem seram, dan pada akhirnya membuatnya menjadi lemas seketika. Rasa panik dan cemas masih membekas setelah dia selesai menonton filem. Tak berapa lama, dia pun meninggal dunia kerana kegagalan jantung.

Perlu diingat bahwa malam hari adalah waktu beristirehat dan bukannya memaksa diri untuk melakukan hal-hal yang kurang baik buat jantung. Selain itu, menonton filem seram juga sebaiknya tidak berlebihan.

 

5. Meninggal dunia kerana filem seram komedi

IMG 9066

Filem seram ini sendiri merupakan filem seram bergenre komedi. Seharusnya, memang tidak akan menimbulkan kesan menakutkan yang serius. Namun, tetap saja akan ada babak-babak menegangkan yang mungkin tidak sesuai buat beberapa orang. Contohnya, orang yang sensitif, memiliki epilepsi, atau penyakit jantung. Apalagi, banyak juga hantu dan roh jahat berupa perempuan dengan penampilan yang agak menyeramkan dalam filem seram India tersebut.

Ucapan dukacita disampaikan dari banyak pihak. Termasuklah penonton dan pihak produksi dan deretan pelakon yang membintangi filem seram komedipun mengucapkan dukacita.


Pengajarannya dari 5 kes kematian diatas

Tidak ada salahnya menikmati filem-filem yang menyeramkan. Namun, pastikan kita memahami kondisi kesihatan jantung kita. Selain itu jangan berlebihan dan jangan melakukan aktiviti ekstrem setelah menonton filem seram, mungkin ini juga mampu menyumbang kepada serangan jantung secara tiba-tiba.

kita haruslah lebih berwaspada dan peka sebelum membuat keputusan untuk menonton filem seram. Pastikan jantung kita cukup kuat, sihat dan tidak pernah ada masalah penyakit jantung. Selain diri kita sendiri, harus juga peka dengan kondisi kesihatan jantung ahli keluarga dan sahabat handai yang ingin kita ajak tonton bersama filem-filem seram ya!

Baca lagi: 10 Filem Seram Terbaik Warner Bros. Pictures
Baca juga: 6 KPop Idol Ini Rasa Bertuah Jumpa Hantu, Percaya Tahyul?