Home News Betul Ke Dah Boleh Guna Kad Bank Bayar Tol? Mari Lihat Info...

Betul Ke Dah Boleh Guna Kad Bank Bayar Tol? Mari Lihat Info Lebih Lanjut

0

Pengguna di sejumlah 12 lebuh raya terpilih di negara ini boleh membayar tol dengan kad bank sekiranya melintasi laluan yang ada tertera logo MyDebit dan Visa.

Insiatif itu juga bakal menyaksikan pemegang kad debit atau kredit dapat melaksanakan pembayaran jika tiada membawa bersama mereka kad Touch ‘n Go, Smart Tag dan RFID.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata buat permulaan, langkah hanya terpakai kepada kenderaan kelas satu iaitu kereta persendirian.

Screenshot 2023 08 07 164731
(Gambar hiasan)

Baca lagi: Kad Debit Cimb Boleh Tukar Melalui Online? Ikuti Langkah-Langkah Ini

Baca lagi: “Terbaik Pengurusan Mcmtu”-Pengumuman Di Pangsapuri Buat Ramai Yang Sokong

Lihat juga video dibawah:

“Ia juga boleh digunakan pengguna kad prabayar yang ada dua logo ini”-jelasnya dalam sidang akhbar selepas melancarkan secara rasmi logo Sistem Pembayaran Terbuka (SPT) itu di Plaza Tol Putrajaya.

Mengulas lanjut, Alexander mengatakan kaedah itu telah pun disediakan di kesemua 25 lorong Touch ‘n Go di plaza tol lebuhraya MEX, Salak Selatan dan Seri Kembangan.

Kerajaan berharap, 12 syarikat pemegang konsesi yang terlibat dengan projek perintis itu dapat melaksanakan SPT mulai bulan depan kerana ia terbukti memudahkan pengguna jika terlupa untuk tambah nilai baki selain isu keciciran kad Touch ‘n Go atau RFID.

Setakat ini, beliau berpuas hati dengan proses pengujian SPT di seluruh negara yang turut melibatkan kerjasama pihak Lembaga Malaysia (LLM) bermula bulan lepas.

Sistem kutipan tol berkenaan ujarnya, bukan perkara baharu malah telah dilaksanakan dengan baik di kebanyakan negara Asia lain seperti Indonesia, Thailand dan Filipina.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Selayang