Na Byung Hee (Kim Hae-sook) merupakan watak antagonis utama dalam drama siri Revenant. Wataknya yang sangat dingin dan tidak berperikemanusiaan membuatkan ramai penonton mengetap bibir menahan geram!
Kekejamannya mengalahkan watak roh jahat dalam drama siri seram tersebut. Terlalu dahagakan kuasa dan kekayaan, sifat mementingkan diri, tiada rasa empati dan simpati walau terhadap darah daging sendiri merupakan pakej lengkap yang menggambarkan kehitaman hati Na Byung Hee.
Sebagai ibu dan nenek dan juga isteri, wanita kejam ini sanggup mengorbankan suami, anak dan cucu kandungnya sendiri demi sebuah cita-cita yang membutakan mata hati.
Dalam drama siri Korea yang ditayangkan sepanjang bulan Januari hingga Ogos 2023, terdapat banyak watak ibu yang toksik lagi kejam dan berjaya membuatkan emosi para penonton terguris, termasuk watak Na Byung Hee.
Jom sama-sama kita lihat senarai beberapa watak ibu yang toksik dalam Kdrama 2023 seperti berikut ini. Siapakah mereka?
1. Jung Mi Hee (Park Ji A) lebih memilih duit daripada membela nasib anak perempuannya yang menderita kerana dibuli dalam drama siri The Glory
2. Na Byung Hee (Kim Hae Sook) rela mengorbankan keluarganya, termasuk anak lelakinya sendiri hanya demi harta dan usia yang panjang dalam Kdrama Revenant
3. Nam Haeng Ja (Bae Hae Sun) meninggalkan anak perempuannya selama belasan tahun dan kembali hanya demi duit semata-mata dalam Crash Course in Romance
4. Dalam drama siri yang sama iaitu crash Course in Romance, Jang Seo Jin (Jang Young Nam) juga membuatkan emosi para penonton turun naik kerana dia terlalu menekan anak-anaknya demi markah yang tinggi
5. Jin Young Soon (Ra Mi Ran) juga pernah membuatkan penonton geram kerana dia mendidik anaknya terlalu kasar dan keras supaya anaknya menjadi pendakwa raya dalam The Good Bad Mother
6. Oh Yu Jin (Park Hyo Joo) mengabaikan penderitaan anak-anaknya kerana dia terlalu fokus dengan konten ‘keluarga bahagia’ di media sosial dalam Battle for Happiness
7. Ma Hee Ja (Nam Gi Ae) dalam Call It Love membuat anak lelakinya menderita dengan tindakannya yang kerap berdepan masalah kewangan dan hubungan cinta
Sepatutnya sebagai seorang ibu, tidak seharusnya mementingkan diri dan mengorbankan kebajikan anak-anak. Ibu selalunya mempunyai kasih sayang besar dan tulus terhadap anak-anak mereka.
Sayangnya, ada juga dalam dunia ini ibu yang bersikap toksik, kejam, menjadi beban, hingga banyak meminta-minta dan menyusahkan anak mereka. Moga kita semua dijauhi sikap toksik seperti ini!