Kini semakin banyak jenis penyakit yang dibawa nyamuk. Demam denggi, demam zika, malaria, Japanese encephalitis, dan pelbagai lagi. Jadi, sebelum anda atau ahli keluarga dijangkiti penyakit-penyakit yang boleh membawa maut ini.
Gunakan 5 tips yang tertera dibawah untuk elakkan diri daripada gigitan nyamuk:
1. Kelambu
Pada kurun ke-18, kain kelambu digunakan oleh ratu Mesir terkemuka, Cleopatra untuk mengelakkan diri daripada digigit nyamuk. Ketika itu, hanya keturunan diraja dan saudagar kaya sahaja mampu untuk memasang kelambu di katil.
Masa kita kecil-kecil pun atuk dan nenek selalu menggunakan kelambu bila kita balik kampung kan? Rasa macam renyah nak pasang, tapi ini adalah salah satu cara paling efektif untuk mengelakkan diri daripada digigit nyamuk. Lagipun sekarang dah banyak jenis kelambu ada dijual, dan senang dicari.
2. Semburan Nyamuk
Nyamuk paling aktif dan berleluasa pada waktu subuh dan senja. Agak-agak dah dekat nak waktu maghrib tu, anda semburlah seluruh kawasan rumah menggunakan apa-apa semburan aerosol nyamuk yang ada di rumah. Sembur menghala ke siling, fokus pada tempat yang gelap seperti bawah tangga ataupun bahagian belakang sofa yang berwarna hitam kemudian tutup semua pintu dan tingkap.
Jangan sembur ke tempat-tempat yang selalu dipegang seperti meja atau kabinet dapur dan pastikan semua makanan ditutup sebelum menyembur ya.
Baca lagi: Ini Cara Kira Anggaran Penggunaan Elektrik Di Rumah Anda
Baca lagi: 8 Tips Untuk Anda Jimat Minyak Kereta, Nombor 3 Paling Ramai Orang Abaikan
Lihat juga video dibawah:
3. Ubat Nyamuk
Sebelum anda masuk tidur, bolehlah memasang ubat nyamuk. Pelabagai jenis ubat nyamuk ada dijual di pasaran. Kalau anda rasa ubat nyamuk jenis lingkaran itu berbahaya, bolehlah beli yang jenis elektrik.
Bagi yang mempunyai anak kecil, disarankan guna yang elektrik ya. Pasang di tempat tinggi sedikit.
4. Losen Anti Nyamuk
Kalau anda rajin dan ada bajet, bolehlah membeli losen penghalau nyamuk yang mengandungi DEET (diethyltoluamide). Walaupun losen ini sangat berkesan, namun masih ramai pengguna berasa kuatir dan ragu-ragu dengan keselamatannya kerana mengandungi bahan kimia berbahaya.
Sebagai pengguna bijak, anda boleh semak label terlebih dahulu sebelum membeli. Sekiranya kandungan DEET melebihi 30%, elakkan membeli kerana ini boleh memudaratkan.
Selain itu, menurut kajian yang dijalankan pada tahun 2015, saintis mendapati bahan lebih organik seperti picadirin dan lemon eucalyptus lebih efektif daripada losen DEET. Cari produk yang mengandungi 20% picadirin ataupun 30% minyak lemon eucalyptus.
5. Pastikan Kawasan Sekeliling Rumah Tiada Air Bertakung
Sedikit sahaja takungan air pun sudah boleh menjadi kawasan pembiakan nyamuk secara besar-besaran. Tahukah anda seekor nyamuk Aedes boleh menghasilkan lebih kurang 100 telur pada satu-satu masa. Jadi, cara paling berkesan untuk membasmi pembiakan nyamuk adalah dengan memastikan tiada tempat air bertakung di rumah anda.
Periksa kawasan luar rumah seperti pasu, sinki dan longkang. Sekiranya nampak takungan air, bersihkan dengan kadar segera. Buang semua sampah-sarap seperti tin dan plastik yang boleh menadah air hujan tanpa anda sedari.
Sekiranya anda menggunakan kolah atau besen tadahan air, pastikan ia bertutup atau boleh juga dimasukkan ubat bagi mengelakkan nyamuk membiak.
6. Petua Orang Lama
Gunakan limau nipis dan bunga cengkih seperti di dalam gambar dibawah. Petua ini bergantung kepada jenis nyamuk juga. Diceritakan bahawa nyamuk hutan tidak akan mengendahkan petua ini mungkin kerana mereka lebih ‘sado’ berbanding nyamuk bandar yang berkeliaran di rumah-rumah orang.
Oleh itu, periksalah rumah anda sebelum diantara ahli keluarga terkena penyakit-penyakit yang boleh membawa maut. Elakkan sebelum terlambat.
Semoga info ini bermanfaat untuk anda!
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Iluminasi