Drama siri Korea Selatan, Moving yang ditayangkan secara perdana pada 9 Ogos 2023 di Disney+ Hotstar nampaknya telah berjaya menarik perhatian!
Kdrama superhero ini diadaptasi dari webtoon bertajuk sama. Menampilkan kisah manusia-manusia yang mempunyai kekuatan luar biasa, drama siri ini memang sudah lama dinantikan oleh para peminat.
Jom sama-sama kita lihat beberapa faktor penting mengapakah Moving (2023) wajib anda tonton!
Peringatan: Artikel ini mengandung spoiler!
1. Tampilkan kisah individu-individu yang ada kebolehan
Cukup luar biasa dengan latar di sekitar kita
Moving (2023) mengisahkan tentang Kim Bong Seok, Jang Hui Soo, dan Lee Gang Hoon yang bersekolah di Sekolah Menengah Jeongwon. Ternyata ketiga-tiga orang pelajar ini mempunyai kekuatan luar biasa yang diwarisi daripada ibu bapa masing-masing.
Jang Ju Won, ayah kepada Hui Soo, dan Lee Mi Hyun dan Kim Doo Sik, ibu dan ayah Bong Seok adalah bekas rakan sekerja. NIS menggunakan kekuatan mereka pada tahun 1990 untuk menyelesaikan banyak tugasan rahsia. Lee Mi Hyun dan Jang Ju Won berjaya melindungi anak-anak mereka selama bertahun-tahun. Namun, Frank, seorang pembunuh upahan yang mempunyai kekuatan luar biasa lain datang dan memburu mereka-mereka, adiwira (superhero) yang telah lama bersara.
2. Dibintangi Jo In Sung, Han Hyo Joo, hingga Go Yoon Jung
Daya tarikan utama drama siri ini adalah barisan pelakon utamanya. Moving (2023) menyajikan kolaborasi antara pelakon senior dan pendatang baru. Penonton akan menyaksikan keserasian menarik antaranyaa Go Yoon-jung dan Lee Jeong Ha. Pelakon muda Kim Do Hoon berjaya membawa watak Lee Gang Hoon dengan baik. Lakonan pelakon senior, seperti Ryoo Seung Ryong, Han Hyo Joo, Jo In Sung, Kim Sung Kyun, dan Cha Tae Hyun menjadi pelengkap dan sememangnya lakonan mereka tidak perlu dipertikaikan lagi. Penonton juga pasti sakit hati dan pada masa yang sama simpati dengan Ryoo Seung Bum yang membawa watak Frank.
3. Props produksi hingga soundtrack menjadi daya tarikan!
Moving (2023) menampilkan dua era waktu, iaitu di tahun 90-an dan 2000-an. Di episod 1 hingga 7, penonton akan terbiasa dengan props dan latar produksi masa kini. Namun, perbezaan akan terasa ketika menonton episod 8 hingga 9 yang mengambil latar tahun 90-an.
Bukan hanya itu, colour grading dari dua latar waktu ini juga ditampilkan berbeza dan sangat berkesan. Di episod 1 hingga 7 pihak penerbitan berjaya memaparkan warna cerah dan nyaman. Sedangkan episod 8 hingga 10 akan menampilkan colour grading yang lebih hangat.
4. Tampilkan adegan gore yang pasti dan memacu adrenalin
Moving (2023) membawa genre thriller dan aksi. Adegan gore dalam drama ini disajikan dengan sangat baik dengan kesan yang nyata dan realistik. Di beberapa babak, penonton mungkin akan terasa ngeri kerana mendengar bunyi tulang patah, bahagian tubuh terkeluar, hingga manusia yang bersimbahan darah. Adegan aksi yang disajikan juga tidak membosankan. Selain koreografi aksi yang hebat, setiap watak memanfaatkan props di sekitar mereka sebagai senjata yang boleh membawa maut. Bahkan ketegangan adegan gore yang ditampilkan sama seperti versi webtoonnya.
5. Menyajikan VFX (kesan visual) di setiap episod
Keunikan lain adalah adalah kesan visual yang ditunjukkan dalam drama Korea Moving (2023). Drama siri ini menyajikan kisah superhero yang boleh terbang, berlari pantas, dan juga boleh sembuh semula dari segala kecederaan. Tidak hairanlah jika setiap episod Kdrama ini dikemaskan dengan kesan visual. Adegan demi adegan melalui proses suntingan dengan sempurna, sehingga kelihatan sangat semulajadi di mata penonton.
6. Diadaptasi dari webtoon bertajuk Moving (2015)
Moving (2023) diadaptasi dari webtoon berjudul sama yang dilancarkan pada 2 Februari 2015. Webtoon ini ditulis oleh Kang Pool atau Kang Full. Sebagai pembaca setia webtoon Moving, penonton pasti menyedari bahawa adaptasi drama ini boleh dikatakan sempurna dan tidak mengecewakan. Sebab utama adalah adegan yang ditampilkan hampir sama dengan versi webtoon.
Semua ini adalah kerana penulis naskah drama Moving (2023) adalah Kang Pool sendiri. Walaupun ada sedikit perbezaan, tapi nuansa yang ditampilkan dalam drama dan webtoon adalah serupa. Sebelum menonton drama atau semasa sedang menunggu episod baru, anda boleh membaca webtoon Moving (2015).
Bagaimana dengan 7 episod pertama yang baru sahaja ditayangkan?
Adakah anda menyukainya?