Home News Barang Kemas Ibu Bernilai RM12,000 Hilang Di Hospital, Sekali Tindakan Si Anak...

Barang Kemas Ibu Bernilai RM12,000 Hilang Di Hospital, Sekali Tindakan Si Anak Pula Buat Ramai Yang Tak Sangka

0

Gobinathan, berusia 42 tahun mendakwa barang kemas bernilai RM12,000 milik ibunya hilang selepas dimasukkan ke hospital di bandar ini.

“Nilai sentimen barang kemas milik mendiang ibu itu tidak ternilai buat kami”

Pengurus cawangan sebuah pasar raya itu mengatakan, pada 8 Jun jam 6 petang dia menghantar ibunya S Vangamah berusia 60-an ke wad kecemasan di hospital terssebut.

Baca lagi: Terlebih ‘Confident’ Sehingga Tersalah Katil, Situasi Ini Buat Ramai Terhibur

Baca lagi: Wanita Rugi RM116,000 Gara-Gara Tebus Barang Kemas Untuk Jadi Dropship

Screenshot 2023 08 10 152517
(Gambar hiasan)

Lihat juga video dibawah:

Menurutnya, pada jam 11.38 malam hari yang sama, ibunya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan diberikan rawatan.

“Apabila dibenarkan melawat ibu, saya dapati barang kemasnya iaitu rantai dan loket sudah tiada. Selama 30 hari ibu dirawat di ICU dan meninggal dunia pada jam 9.43 malam, 7 Julai lalu”
“Selepas selesai mengurus di rumah mayat, kami menuntut barang kemas ibu semula yang dianggar berat barang kemas itu adalah 40 gram”

Bagaimanapun Gobinathan mengatakan beliau terkilan apabila pihak menyatakan tiada rekod berkaitan barang kemas itu. Beliau turut menyatakan ibunya masih memakai barang kemas itu ketika dia hantar ke hospital.

“Barang kemas itu adalah antara barangan peninggalan mendiang ibu yang amat berharga buat kami dan harap pihak hospital menjalankan siasatan berkaitan pengaduan kami”

Pada 11 Julai lalu, Gobinathan membuat laporan polis di Balai Polis Sentral. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata pihaknya menerima pengaduan berkenaan dan kes ini masih dalam siasatan.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Sarang Burung