Jika anda sedang mencari beberapa drama Korea Selatan romantis dengan pelakon introvert, berikut ialah beberapa drama siri Korea untuk ditambahkan pada senarai tontonan anda:
My Shy Boss (2017)
Drama Korea ini berkisah tentang seorang CEO kacak namun merupakan seorang yang antisosial. My Shy Boss atau dikenal juga dengan tajuk Introverted Boss merupakan drama yang dikeluarkan tahun 2017. Dibintangi Yeon Woo-jin , Park Hye Su, Yoon Park, Gong Seung Yeon, dan Han Chae Ah.
Mengisahkan CEO kacak bernama Eun Hwan Ki. Dia digambarkan sebagai pengurus public relation yang sukses. Namun di mata orang bawahannya, Eun Hwan Ki dianggap sombong dan dingin. Dia selalu menjauhkan diri dan tidak pernah berinteraksi dengan orang bawahannya. Dalam diam, rupanya Eun Hwan Ki menyimpan sebuah rahsia besar.
Extraordinary Attorney Woo (2022)
Drama Korea Extraordinary Attorney Woo bercerita mengenai seorang gadis genius bernama Woo Young Woo. Dia merupakan seorang gadis yang sangat bijak, bahkan mendapatkan markah tertinggi dalam ujian menjadi seorang peguam.
Namun, dia mengalami kesukaran dalam mendapatkan pekerjaan. Hal ini disebabkan kondisi Woo Young Woo yang berbeza dari kebanyakan peguam. Woo Young Woo menderita gangguan spektrum austime. Walaupun dengan kecerdasannya, banyak firma guam yang ingin bekerja dengannya terpaksa menolak ketika mengetahui kondisi autismenya.
Woo Young Woo akhirnya mendapatkan pekerjaan sebagai peguam di firma guaman Hanbada. Firma tersebut merupakan salah satu firma guaman terbesar di Korea Selatan.
Because This Is My First Life (2017)
Drama Korea Because This is My First Life adalah drama siri yang dibintangi oleh Lee Min-ki dan Jung So-min. Drama bergenre komedi romantik ini akan membuat penonton tersenyum sipu dengan kisah cinta yang menghangatkan.
Ji-ho adalah wanita berusia di awal 30 tahun. Ji-ho bercita-cita ingin menjadi seorang penulis terkenal. Kini, dia bekerja sebagai penolong penulis drama. Namun, Ji-ho mengalami masalah kewangan dan tiada tempat tinggal tetap. Dia pun akhirnya menumpang menyewa di apartment milik Nam Se-hee.
Se-hee sengaja menyewakan bilik di apartmentnya untuk membayar pinjamannya. Ji-ho dan Se-hee pun mula tinggal bersama. Hingga suatu hari, mereka membuat keputusan untuk kahwin kontrak selama dua tahun dengan beberapa syarat. Rasa cinta dan berbagai persoalan pun mula timbul, termasuk masalah orang tua dan kehadiran bekas isteri Se-hee.
My Love From Another Star (2013)
Kisah fantasi dalam drama Korea hingga saat ini yang masih diminati. Salah satunya adalah cerita fantasi mengenai makhluk asing yang jatuh cinta dengan manusia dibumi.
My Love from the Star merupakan drama Korea yang cukup digemari di tahun tayangannya, 2013. Drama ini dibintangi oleh Jun Ji Hyun (Gianna Jun) sebagai Cheon Song Yi, seorang artis terkenal yang sombong. Ada juga Kim Soo Hyun sebagai Do Min Joon. Dia berperanan sebagai seorang makhluk asing.
Drama ini bercerita tentang kisah cinta Cheon Song Yi dan Do Min Joon. Sebagai makhluk asing, Do Min Joon telah bertahan hidup di bumi selama beberapa abad. Dia memiliki kuasa dan kekuatan super serta kemampuan untuk melihat masa depan.
Cheon Song Yi pada awalnya tidak tahu bahawa Do Min Joon adalah makhluk asing. Namun, seiring waktu dia belajar tentang keunikan dan kekuatan yang dimiliki Do Min Joon. Mereka kemudian saling jatuh cinta dan berjuang untuk mengatasi rintangan yang menghalangi hubungan mereka.
My Libration Notes (2022)
Drama Korea My Liberation Notes dibintangi Kim Ji-won, Lee Min-ki dan Lee El itu. Secara garis besar, My Liberation Notes berfokus pada kehidupan sebuah keluarga di sebuah daerah di pinggiran Seoul bernama Sanpo. Keluarga ini terdiri dari ibu, ayah dan tiga anak mereka. Drama ini bercerita tentang liku-liku kehidupan tiga bersaudara dalam menghadapi masalah masing-masing.
The Smile Has Left Your Eyes (2018)
The Smile Has Left Your Eyes merupakan remake dari drama Jepun popular tahun 2002 yang dikenali dengan tajuk Sora Kara Furu Ichioku no Hoshi. Drama bergenre melodrama misteri ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang dituduh terlibat dengan pembunuhan (Seo In Guk), seorang wanita yang jatuh cinta padanya (Jung So Min), dan seorang abang (Park Sung Woong) yang akan melakukan apa saja untuk melindungi adiknya.
Summer strike (2022)
Summer Strike merupakan drama Korea bergenre slice of life yang tayang pada November 2022. Ia diadaptasi dari Webtoon popular bertajuk Amugeotdo Hago Sibji Adda karya Joo Young Hyun yang diterbitkan pada 3 April 2022.
Drama ini berkisah tentang seorang wanita bernama Lee Yeo Reum (Seolhyun) yang cuba untuk membina hidup baru setelah mengalami masa-masa sukar dalam hidupnya. Dia baru saja ditinggalkan oleh kekasihnya dan tidak lama kemudian mendapat khabar bahawa ibunya pula telah meninggal dalam kemalangan. Lee Yeo Reum juga diperlecehkan dan tidak dilayan dengan adil di tempatnya bekerja.
Akibatnya, dia terus berhenti bekerja dan meninggalkan kehidupan bandar.
Dirinya bertekad untuk tidak melakukan apapun dan pindah ke sebuah kampung kecil untuk menjalani kehidupan yang lebih baik.
Di sana, dia bertemu dengan seorang lelaki bernama Ahn Dae Bom (Yim Si Wan), seorang pustakawan di Perpusatakaan Angok yang ternyata mempunyai masalah hidup yang sama dengannya. Keduanya pun menjadi rapat.
Do You Like Brahms (2020)
Do You Like Brahms? merupakan drama Park Eun Bin dan Kim Min Jae yang mencuri perhatian tahun 2020 lalu. Drama yang menceritakan kisah cinta dan impian para pelajar muzik klasik ini juga dibintangi oleh Kim Sung Cheol, Park Ji Hyun, Lee Yoo Jin, Bae Da Bin dan lainnya.
Mengisahkan tentang Park Joon Young (Kim Min Jae), pianis terkenal Korea yang mendunia, walaupun Park Joon Young dikenali sebagai pianis Korea pertama yang mengikuti Pertandingan Piano Chopin International, tapi tidak ramai yang tahu tentang situasi kewangan keluarganya yang agak sukar. Setelah keluarganya berhutang untuk membayar yuran pengajiannya, Park Joon Young bekerja keras untuk menjadi sukses dan melunaskan hutang keluarganya.
Selain masalah kewangan keluarga, Park Joon Young juga harus berdepan dengan cinta bertepuk sebelah tangan sehinggalah dia bertemu dengan Chae Song Ah (Park Eun Bin).
When The Weather is Fine (2020)
Drama Korea When the Weather is Fine mengisahkan tentang pertemuan semula seorang bekas pelatih Cello dengan sahabat masa kecilnya. Mok Hae Won (Park Min Young) seorang pelatih Cello yang sedang mengalami kesukaran hidup sehingga kehilangan pekerjaan. Impian yang telah dia bina di Seoul lenyap seketika.
Dalam keputusasaan, Hae Won memilih kembali ke kampung halamannya di Bookhyun untuk mencari ketenangan jiwa. Kepulangan Hae Won ke Bookhyun memunculkan kenangan manis di benak Im Eun Sob (Seo Kang Joon). Dulu, Hae Won dan Eun Sob merupakan sahabat masa kecil yang sukar dipisahkan.
Mereka banyak menghabiskan waktu bersama, baik di sekolah maupun di luar sekolah. Namun, sebuah peristiwa yang terjadi saat sekolah menengah membuat Hae Won merasa sakit hati pada sahabatnya itu.