Han Hyo Joo kembali menemui para peminat setianya dengan muncul dalam drama Korea terbaru lakonannya yang bertajuk Moving. Dalam projek terbarunya ini, pelakon wanita yang dilahirkan pada tahun 1987 tersebut tampil cukup berbeza dan membawa watak sebagai seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak.
Drama siri Moving membawa genre superhero yang digabungkan dengan genre fantasi dan aksi. Sebelum terlibat dalam drama Moving, Han Hyo Joo juga pernah beberapa kali membintangi drama siri dan juga filem yang bertemakan fantasi.
Berikut ini adalah lima buah filem dan drama fantasi Han Hyo Joo yang pasti membuatkan para penonton terikat di kerusi!
1. Heaven’s Postman (2009)
Filem pertama Han Hyo Joo yang mengangkat tema fantasi adalah Heaven’s Postman. Filem ini menceritakan tentang seorang penghantar surat dari syurga yang bernama Shin Jae Jun (Kim Jaejoong). Di sebuah padang rumput terdapat sebuah kotak surat merah di mana ramai orang yang mengirimkan surat kepada orang kesayangan mereka yang sudah meninggal dunia. Suatu hari dia bertemu dengan Cho Ha Na (Han Hyo Joo).
Waktu itu Ha Na hendak mengirimkan surat kepada kekasihnya yang sudah meninggal dunia. Sewaktu berkenalan, Jae Jun mendedahkan bahawa dia adalah hantu. Ha Na yang tidak percaya hanya tertawa mendengar pengakuan tersebut. Tapi Jae Jun tidak peduli. Dia mengajak Ha Na untuk membantunya menolong orang-orang yang mengirim surat ke dalam kotak pos itu supaya mereka boleh kembali tersenyum dan berbahagia dengan kehidupan mereka.
2. The Beauty Inside (2015)
Diadaptasi dari filem Amerika Syarikat tahun 2012 bertajuk sama, The Beauty Inside menceritakan tentang Woo Jin (Kim Dae Myung) seorang lelaki yang menghidap penyakit aneh. Setiap kali bangun dari tidur, dia selalu berubah menjadi orang lain. Dia boleh menjadi orang Korea, orang asing, lelaki muda dan juga tua, bahkan jantinanya juga boleh berubah-ubah.
Suatu hari, Woo Jin bertemu dengan pekerja yang bekerja di kedah perabot yang bernama Yi Soo (Han Hyo Joo). Sejak pertemuan yang tidak disengajakan itu, tumbuh perasaan cinta di antara mereka. Namun Woo Jin tidak boleh mengungkapkan perasaannya. Dia bimbang jika Yi Soo akan mengetahui penyakit anehnya tersebut.
3. W: Two Worlds (2016)
W: Two Worlds merupakan drama siri pertama lakonan Han Hyo Joo selepas 6 tahun dia menyepikan diri dari dunia seni. Drama siri ini mengisahkan tentang Oh Yeon Joo (Han Hyo Joo) iaitu seorang doktor bedah jantung tahun kedua di sebuah hospital. Ayahnya adalah seorang penulis buku komik terkenal. Suatu hari, ayahnya menghilangkan diri dan dia bergegas mencari ayahnya di tempat kerja ayahnya.
Namun dia bukan menjumpai ayahnya, Yeon Joo mendapati dia berada di tempat yang berbeza di depan seorang lelaki yang bernama Kang Cheol (Lee Jong Suk) yang terbaring di lantai dan bermandikan darah. Ternyata Yeon Joo pergi ke dimensi yang berbeza dalam dunia komik dan bertemu dengan watak fiksyen iaitu Kang Cheol. Kang Cheol merupakan watak utama siri komik yang dicipta oleh ayah Yeon Joo.
4. Happiness (2021)
Happiness adalah drama siri thriller, aksi, fantasi yang menggandingkan Han Hyo Joo dan Park Hyung Sik sebagai pelakon utama. Happiness mengikuti kisah Jung Yi Hyun (Park Hyung Sik) seorang detektif dan Yeon Sae Bom (Han Hyo Joo) seorang ahli pasukan khas polis. Kedua-duanya merupakan kawan lama yang memutuskan untuk berkahwin supaya mendapat diskaun sewa di sebuah apartment.
Namun secara tiba-tiba penyakit wabak menular di apartment tersebut. Para penghuni apartment dilanda perasaan cemas dan kekecohan timbul di seluruh bandar. Untuk mengurangkan penularan wabak, pihak kerajaan menutup bangunan tersebut. Para penghuni apartment perlu memutuskan komunikasi dari orang-orang di luar bangunan mereka. Mereka juga berjuang untuk memahami apakah sebenarnya yang terjadi dan berusaha untuk bertahan hidup di apartment tersebut.
5. Moving (2023)
Drama siri terbaru yang dibintangi oleh Han Hyo Joo kembali membawa tema fantasi. Menggabungkan unsur fantasi, aksi, dan superhero, Moving merupakan drama yang diadaptasi dari sebuah webtoon popular. Drama siri ini mengisahkan tentang Kim Bong Seok (Lee Jung Ha) seorang pelajar sekolah menengah yang mempunyai kekuatan luar biasa iaitu boleh terbang yang sebenarnya diwarisi dari ayahnya, Kim Du Shik (Jo In Sung).
Namun, Bong Seok masih belum boleh mengawal kuasanya tersebut. Akibatnya, tubuhnya perlu dikawal dengan barang-barang yang berat supaya tidak melayang. Perkara itu juga membuatkan ibunya, Lee Mi Hyun (Han Hyo Joo), selalu merasa bimbang setiap kali melepaskan Bong Seok pergi ke sekolah.
Filem dan juga drama siri dengan genre fantasi memang selalu menampilkan jalan cerita yang berbeza dan tidak membosankan. Jangan lupa menonton filem dan Kdrama fantasi lakonan Han Hyo-joo yang kami senaraikan di atas ya!