Home Entertainment Watak Baru Dalam The First Responders 2, Siapakah Kang Do Ha?

Watak Baru Dalam The First Responders 2, Siapakah Kang Do Ha?

0

Kang Do Ha adalah watak baru yang muncul dalam The First Responders 2 (2023). Watak ini akan menyertai NFS (National Forensic Service).

Kang Do Ha juga pernah disyaki sebagai pesalah yang melakukan pembakaran bersiri kerana dia mempunyai luka di tangan. Ternyata semuanya hanyalah salah faham, penonton mula jatuh hati dengan watak Kang Do Ha.

Peringatan: Artikel ini mengandung spoiler:

1. Kang Do Ha adalah kawan sepermainan Bong Do Jin yang menjadi inspirasi untuk dia menjadi anggota bomba

The first respondersPada musim pertama The First Responders, Kang Do Ha (Oh Eui Sik) digambarkan sebagai kawan sepermainan atau kawan semasa kecil Bong Do Jin (Son Ho Jun). Sewaktu mereka kecil, Bong Do Jin dan Son Ho Jun meraikan hari jadi bersama-sama. Pada waktu itu, Bong Do Jin menyembur gas yang membuatkan lilin kek hari jadi menyemarakkan api. Kang Do Ha dengan berani memadam api tersebut.

Sejak saat itu, Bong Do Jin rasa sangat bersalah, dan akhirnya ia mengambil keputusan untuk menjadi seorang anggota bomba. Dalam The First Responders 2 (2023) episod 1, Kang Do Ha menyatakan bahawa dia kini berada di Seoul dan Bong Do Jin mengajaknya untuk berjumpa.

 

2. Datang ke Taewon untuk mencari pencuri peledak bom dan akhirnya menyertai NFS

43d1618e 5f9a 4baa bbc1 bb4264bd8373Apabila sudah menginjak usia dewasa, Kang Do Ha bekerja sebagai pegawai tentera, dia bekerja di unit EOD (Explosive Ordnance Disposal). Malangnya, dia dikenakan tindakan disiplin, sebab tindakan disiplin itu masih belum dijelaskan. Kang Do Ha pergi ke Taewon untuk menyelesaikan tugas terakhir, iaitu mencari peledak bom yang dicuri.

Peledak itu digunakan untuk meledakkan Next Officetel. Selepas dikenakan tindakan disiplin, Kang Do Ha memutuskan untuk keluar dari perkhidmatan ketenteraan. Dal after credit episod 4, kelihatan Kang Do Ha yang memakai kot makmal seperti jubah doktor dengan logo NFS.

 

3. Pernah dianggap sebagai suspek oleh penonton kerana ada kesan luka terbakar di tangannya

00dd50f3 4013 420c 9bb3 9a00ade1fb24

Pada awalnya, penonton memang curiga dengan Kang Do Ha. Oleh sebab Ha Young Doo (Choi Won Young), banduan yang melakukan kesalahan pembakaran berkata kepada Jin Ho Gae (Kim Rae Won) bahawa penjenayah pembakaran pasti mempunyai bekas kesan luka atau pernah merasa betapa panasnya bahang api.

Tambahan pula beberapa kali The First Responders 2 (2023) fokus kepada kesan luka di tangan Kang Do Ha. Sewaktu kebakaran di kilang, Kang Do Ha juga menghubungi seseorang dan berkata bahawa itu adalah kali terakhir dia terlibat.

Ternyata maksud Kang Do Ha adalah itu merupakan kali terakhir Kang Do Ha membantu EOD sebelum dia meletakkan jawatan. Dia juga sengaja ke Taewon untuk mencari peledak bom yang memang berkaitan dengan kes pembakaran bersiri.

 

4. Kang Do Ha dilakonkan oleh Oh Eui-shik

336364b7 2f9e 4183 89f4 8942404c4521Selain The First Responders 2 (2023), Oh Eui Sik pada tahun ini juga mencuri perhatian melalui drama siri Crash Course in Romance (2023). Dia membawa watak sebagai Nam Jae Woo, adik Nam Haeng Seon yang dilakonkan oleh Jeon Do Yeon.

Oh Eui Sik juga pernah membintangi drama Big Mouth (2022), Sh**ting Stars (2022), dan juga Hometown Cha-Cha-Cha (2021). Walaupun sebagai watak pembantu, setiap wataknya selalu meninggalkan kesan di hati penonton.

Walaupun bukan penjahat, tetapi sifat Oh Eui Sik yang suka memberontak dan sukar dibawa berbincang nampaknya bakal menimbulkan konflik menarik dalam drama siri ini.

Sudahkah anda tonton The First Responders musim 2 ini?

Baca lagi: Street Woman Fighter 2 Kembali Lebih Menyengat
Baca juga: 10 Watak Dalam Kdrama 2023 Yang Dipisahkan Dari Ibubapa Mereka