Home Entertainment 9 Filem dan Siri Horror Komedi dari Blumhouse Wajib Anda Tonton

9 Filem dan Siri Horror Komedi dari Blumhouse Wajib Anda Tonton

0

Blumhouse merupakan salah sebuah syarikat penerbitan yang dikenali dengan filem-filem horror yang bagus!

Beberapa buah filem horror yang diterbitkan oleh Blumhouse adalah seperti Paranormal Activity, Insidious, dan Get Out. Beberapa buah filem popular yang diterbitkan oleh Blumhouse pada tahun ini adalah seperti M3GAN dan Insidious: The Red Door. Sudah menonton?

Berkolaborasi dengan Prime Video, Blumhouse bakal menayangkan filem horror komedi bertajuk Totally Killer. Filem ini dibintangi oleh Kiernan Shipka, Olivia Holt, Julie Bowen, dan Randall Park.

Sambil menunggu penayangan Totally Killer, berikut adalah filem dan siri horror komedi terbitan Blumhouse yang boleh membuatkan anda cemas dan juga tertawa. Jangan lupa masukkan ke dalam senarai tontonan anda ya!

Horror

1. Siri The Horror of Dolores Roach (2023) fokus kepada tukang urut pembunuh yang memasak mangsanya menjadi makanan

 

89643c2a 8483 433c b594 86f4559c4391
2. 12 Deadly Days (2016) menceritakan tentang kisah seram para penduduk Bandar Saturnus, California, selama 12 hari menjelang hari Krismas

 

8059eaee d67d 4a33 b201 35b30361bd58
3. Vengeance (2022) mengisahkan tentang perjalanan seorang penulis dari New York hingga ke Texas. Dia menyiasat kematian wanita yang keluar berjanji temu dengannya

 

83d3cfe3 cc4c 4f0f a680 6b153e59fa59
4. Tujuh orang pelajar yang perlu bersatu untuk bertarung dan bertahan dari serangan zombie pembunuh dalam Unhuman (2022)

 

b4504133 83df 41b2 9c13 9abf1e2a8eb8
5. Saksikan aksi para warga emas berjuang untuk memenangi judi dengan cara apa sekali pun walau terpaksa saling berbunuhan dalam Bingo Hell (2021)

 

c83579d1 5382 4744 983a 4d45b12ab198
6. Apakah akan terjadi jika seorang gadis mangsa buli dan pembunuh bersiri bertukar tubuh? Freaky (2020) memang wajib anda tonton!

 

3d882818 12d8 4675 8f68 d93f6d3bd9b5
7. Happy Death Day (2017) mengisahkan tentang Gelbman yang terbunuh dan hidup kembali pada hari yang sama. Memang menarik!

 

64068ffd 60dc 4e50 93df 04308b4eedd8
8. Belum terlepas dari sumpahannya, kali ini Gelbman perlu menyelamatkan kawan-kawannya dari pembunuh dalam Happy Death Day 2U (2019)

 

346ee69c bf74 4cd8 8fb8 e341c174a364

9. Jamie pergi ke tahun 1987 untuk menghentikan pembunuh yang membunuh ibunya di masa kini dalam filem Totally Killer (2023)

Nampaknya Totally Killer adalah filem panjang kedua pengarah Nahnatchka Khan. Sebelum ini, dia pernah menggarap filem romantik komedi iaitu Always Be My Maybe (2019) yang ditayangkan di Netflix. Ini juga menjadi filem keduanya bersama pelakon Randall Park selepas Always Be My Maybe (2019).

Totally Killer bakal ditayangkan di Prime Video bermula 6 Oktober 2023. Nantikan ya!

Baca lagi: 10 Siri Baru Tidak Disambung Ke Musim 2
Baca juga: 8 Filem Seram Komedi Underrated Wajib Ditonton, Menghiburkan