Home Artis Korea Go Yoon Jung dan 5 Watak Paling menarik Dilakonkannya

Go Yoon Jung dan 5 Watak Paling menarik Dilakonkannya

0

Go Yoon Jung kembali mencuri perhatian para peminat drama siri Korea Selatan. Lakonannya dalam drama siri “Moving” berjaya membuatkan para penonton puas hati dan kagum.

Dalam drama siri tersebut, dia membawa watak sebagai seorang pelajar sekolah menengah yang mempunyai kuasa luar biasa. Selain mutu lakonannya yang semakin baik, kecantikan dan kejelitaannya juga sering disebut-sebut.

Bukan hanya dalam drama siri Moving, lakonan Go Yoon Jung dalam drama lain juga wajib anda tonton. Ini adalah kerana, watak yang dibawa oleh Go Yoon Jung selalunya sangat menarik dan bukan watak gadis lemah yang tidak berdaya!

Pasti tertanya-tanya bukan? Jom sama-sama kita lihat beberapa watak menarik dan ikonik yang pernah dilakonkan oleh pelakon jelita ini:

 

1. Kim So Hyun – He Is Psychometric (2019)

8472f069 13e7 40be 890f e8dee7469bebDalam drama siri He Is Psychometric, Go Yoon Jung adalah pelakon pembantu yang membawa watak sebagai Kim So Hyun. Watak ini digambarkan sebagai seorang ibu muda yang masih lagi berada di bangku sekolah. So Hyun hamil luar nikah selepas tidur dengan seseorang.

Sejak lakonannya dalam drama siri tersebut, Go Yoon Jung mula mendapat perhatian ramai kerana kecantikannya. He Is Psychometric juga dibintangi oleh Park Jinyoung GOT7, Shin Ye Eun, Kim Kwon, dan Kim Da Som.

 

2. Park Yoo Ri – Sweet Home (2020)

Go yoon jungGo Yoon Jung mendapat watak yang hebat dan diingati dalam drama siri yang dikemaskan dalam 10 episod ini. Pelakon jelita ini membawa watak sebagai Park Yoo Ri, seorang juru rawat pesakit kanser yang terperangkap di dalam sebuah apartment.
Walaupun dia adalah seorang jururawat, sebenarnya Park Yoo Ri mempunyai sejarah penyakit asma. Watak ini membuatkan peminat drama Korea menggelarnya “Cik Asma”. Namun, penyakit tersebut tidak menghalang Park Yoo Ri untuk melindungi penghuni-penghuni apartment tersebut. Dia juga berani memegang senjata api untuk membunuh raksasa jahat.

 

3. Ye Seul – Law of School (2021)

535f441a 07e9 4875 b97b 800c3e91e0d5Kali ini, Go Yoon Jung mendapat watak yang tidak kurang hebatnya. Dalam drama siri Law of School, Go Yoon Jung membawa watak sebagai seorang pelajar yang manis. Dia mempunyai seorang teman lelaki yang sangat posesif yang selalu melakukan kekerasan terhadapnya. Dia akhirnya ke muka pengadilan untuk menghadiri perbicaraan atas kes kekerasan seksual yang dilakukan oleh teman lelakinya.

 

4. Naksu – Alchemy of Souls (2022)

fe85f964 ec06 4144 a4ae ad07f04a1241Go Yoon Jung mendapat kepercayaan untuk menggantikan pelakon utama yang pada awalnya dipegang oleh Jung So Min dalam drama siri popular Alchemy of Souls. Dia perlu membawa dua watak sekaligus, iaitu sebagai Naksu (Cho Yeong) dan Jin Bu Yeon.
Dalam drama siri tersebut, Go Yoon Jung adalah seorang pembunuh yang mempunyau kekuatan sihir. Sementara itu, watak Jin Bu Yeon digambarkan sebagai seorang gadis yang berasal dari keluarga penyihir terkuat di Daeho.

 

5. Jang Hee Soo – Moving (2023)

0fb31071 5a3c 4a6d 8a5d 74d18a484276Go Yoon Jung kembali menjadi pelakon utama dalam drama siri Korea terbaru yang bertajuk Moving. Dia membawa watak sebagai Jang Hee Soo, pelajar sekolah menengah yang mempunyai kuasa luar biasa iaitu mampu sembuh dengan segera dan tidak akan cedera. Kuasa tersebut diwarisi dari ibu bapanya yang juga mempunyai kuasa yang sama. Dalam drama siri Moving,dia digandingkan dengan Kim Bong Seok yang mempunyai kuasa untuk terbang.

Walaupun Go Youn-jung masih baru dalam industri hiburan Korea Selatan, tetapi pelakon ini telah dikenali ramai dan dia sudah melakonkan banyak watak dalam drama siri dan juga filem.

Baca juga: Mengapa Perlu Tonton Kdrama Moving? Kisah Pemburuan Manusia Super oleh Pembunuh Kejam
Baca lagi: 15 Drama dan Filem Jo In Sung, Terbaharu Superhero dalam “Moving”