The Uncanny Counter 2 merupakan salah sebuah drama siri Korea yang sekarang ini mengisi slot tayangan Sabtu dan Ahad di tvN dan layanan streaming Netflix.
The Uncanny Counter menceritakan tentang pertarungan antara para counter dan roh jahat, drama siri ini berjaya menjadi bahan tontonan kegemaran ramai seperti musim pertamanya.
Menampilkan beberapa watak dan wajah baru, The Uncanny Counter 2 sering menonjolkan pasangan duo untuk setiap episod. Setiap pasangan duo ini terjebak dengan hubungan yang rapat dan mereka selalu melakukan aktiviti bersama-sama.
Jom sama-sama kita lihat saja keserasian mereka sebagai duo melalui ulasan di bawah ini:
1. Interaksi So Mun (Jo Byeong-kyu) dan Do Ha Na (Kim Sejeong) selalu menggegarkan suasana. Ramai peminat siri ini berharap kedua-dua watak ini akhirnya saling menyukai dan menjalin hubungan cinta
2. Selalu main tarik tali, Chu Mae Ok (Yum Hye Ran) dan Choi Jang Mul (Ahn Suk Hwan) menjadi pasangan yang sangat serasi dan sering ditunggu-tunggu kerana aksi mereka yang mencuit hati
3. Paling mesra, Hwang Pil Gwang (Kang Ki Young) dan Gelly (Kim Hieora) menjadi pasangan villain yang terlalu kerap melakukan dan menyebarkan kejahatan
4. Walau kemunculannya hanya sekejap, hubungan yang tulus antara Ma Joo Seok (Jin Sun Kyu) dan Lee Min Ji (Hong Ji Hee) dapat dirasakan oleh para penonton
5. Sebelum berada dipihak yang bertentangan, keakraban dan hubungan baik So Mun dan Ma Joo Seok (Jin Sun Kyu) sering membuatkan para penonton tersenyum sendiri kerana kedua-duanya tampak seperti anak dan ayah
6. Do Ha Na yang kesabarannya setipis kulit bawang dan Na Jeok Bong (Yoo In Soo) yang digambarkan sangat lembap menjadi sebuah kombinasi yang menghiburkan
7. Walaupun satu pasukan, duo Gelly (Kim Hieora) dan Wong (Kim Hyun Wook) sudah seperti Tom and Jerry yang sering bertengkar kerana perkara-perkara remeh dan kecil
8. So Mun yang cerdik dan Ga Mo Tak (Yu Jun Sang) yang gagah perkasa adalah duo yang teliti dalam menyiasat sebuah kes
9. Sementara itu, Do Ha Na dan Chu Mae Ok boleh menjadi duo yang rupa-rupanya mempunyai keserasian yang tidak disangka-sangka
10. Sewaktu memburu roh jahat bersama-sama, semangat juang yang kuat Do Ha Na dan Ga Mo Tak yang sama-sama tidak mehu menyerah kalah memang berjaya membangkitkan suasana!
Semua pasangan duo dalam drama siri The Uncanny Counter 2 yang kami senaraikan di atas memang berjaya mencuri perhatian para peminat dan penonton kerana keserasian luar biasa mereka yang sangat menjadi.