Istilah second lead syndrome atau sindrom watak utama kedua cukup popular di kalangan para peminat drama siri Korea Selatan
Second lead syndrome merujuk kepada sikap penonton yang lebih tertarik dengan watak utama kedua daripada watak utama dalam sesebuah drama siri Korea.
Dipetik dari Cxomedia, second lead syndrome adalah fenomena di mana penonton menganggap watak utama wanita lebih sesuai digandingkan dengan watak utama kedua lelaki dan bukan dengan watak utama pasangannya. Second lead syndrome umumnya dikaitkan dengan pelakon utama kedua lelaki. Namun, bukan bererti fenomena serupa tidak boleh terjadi pada pelakon utama kedua wanita.
Dalam drama siri Korea Selatan, second lead syndrome memang menjadi-jadi dan pelakon utama kedua lelaki selalu menjadi bualan dan mendapat perhatian. Bahkan, ramai penonton yang mendedahkan bahawa mereka salah fokus sewaktu menonton Kdrama kerana terpesona dengan second lead actor .
Tidak terkecuali pada tahun 2023 ini. Karisma beberapa orang second lead berjaya membuatkan penonton memilih mereka berbanding watak utama dalam Kdrama.
Berikut adalah senarai watak utama kedua yang berjaya mencetuskan second lead syndrome di kalangan penonton:
1. Kokdu: Season of Deity (2023) menampilkan Han Chul (Ahn Woo-yeon) yang merupakan seorang detektif dengan lawak komedi yang lucu
2. Sikap lelaki budiman Roy Kim (Min Woo Hyuk) dalam Doctor Cha (2023) berjaya membuatkan ramai penonton jatuh hati bukan?
3. Pesona Park Eun Tak (Kim Min Jae) ketika menangani dan merawat pesakit juga tidak boleh dipandang remeh dalam Dr. Romantic 3 (2023)
4. Walaupun sikapnya cukup dingin, penonton tetap jatuh hati dengan Ha Do Yun (Ahn Dong Goo) dalam See You in My 19th Life
5. Detektif di Kdrama Revenant (2023) juga berjaya membuat ramai penonton cair, Lee Hong Sae (Hong Kyung) yang ternyata sangat berkarisma
6. Seo Ji Hoon membawa watak sebagai Lee Gang Min yang masih gagal melupakan bekas kekasihnya dalam My Lovely Liar (2023)
7. Dalam drama siri terbaru Moving (2023), Kim Do Hoon membawa watak pelajar lelaki yang dingin dan kesepian bernama Lee Gang Hoon
Pesona dan karisma setiap watak tersebut memang sukar untuk ditolak oleh para penonton. Jadi, siapakah yang paling mencuri perhatian anda?