Ramai bintang idol KPop yang fasih berbahasa Jepun kerana ketekunan mereka dalam mempelajari bahasa tersebut.
Para idol ini juga sudah terbiasa dengan Bahasa Jepun kerana pihak agensi sering menetapkan berbagai-bagai kegiatan mereka untuk promosi di negara matahari terbit tersebut. Kemampuan mereka dalam berbahasa tentu sekali meraih banyak pujian dari orang ramai.
Berikut ini adalah idol KPop yang berjaya membuat ramai orang kagum kerana mereka sangat fasih berbahasa Jepun. Mereka juga memanfaatkan kebolehan berbahasa tersebut untuk menambah baik komunikasi mereka untuk menunjukkan perhatian kepada para peminat dari Jepun. Jom sama-sama kita lihat!
1. Ok Taec-yeon 2PM raih markah sempurna dalam ujian antarabangsa Bahasa Inggeris. Bintang ini juga sudah fasih berkomunikasi dengan bahasa Korea dan Jepun, hebat bukan?
2. Seungyeon KARA fasih bahasa Jepun dan juga Bahasa Inggeris kerana pernah belajar di Amerika Syarikat. Dia juga sering ke Jepun untuk membantu menguasai bahasa tersebut dengan lebih baik
3. Jang Geun Suk sudah terbiasa muncul dalam program variety show di Jepun. Dia juga dapat berkomunikasi tanpa penterjemah di Dechuko’s Room yang memang diketahui sangat sukar bagi artis-artis luar yang bukan berasal dari Jepun
4. Sooyoung SNSD debut di Jepun sewaktu berusia 12 tahun. Pengarah filem Memories of a Dead End (2019) juga memilihnya kerana bahasa Jepunnya cukup baik untuk watak yang dibawa olehnya
5. BoA fasih berbahasa Jepun kerana sering melakukan promosi di negara tersebut. Dia bahkan sudah terbiasa melakukan wawancara dan temu bual di Jepun tanpa dibantu penterjemah
6. Junho 2PM aktif bekerja di Jepun hingga menguasai bahasa negara tersebut. Dia bahkan sudah terbiasa berkomunikasi menggunakan bahasa itu tanpa rasa kekok
7. Chaeyeon yang merupakan bekas anggota kumpulan IZ*ONE diajar Bahasa Jepun selama setahun oleh pihak agensi. Dia berkomunikasi seminggu sekali dengan bahasa itu, dia juga jadi penterjemah bagi kumpulannya
8. Daehwi AB6IX fasih bahasa Inggeris dan Jepun. Kefasihannya berbahasa asing adalah kerana dia pernah menetap di Osaka selama 2 tahun dan Los Angeles selama 6 tahun. Nama Jepunnya adalah Daiki
9. Seyong MYANEME fasih berbahasa Jepun kerana sudah 6 tahun tinggal di Jepun dan melakukan promosi di sana. Dia juga ditemani staf yang berasal dari Jepun supaya dia makin cepat menguasai bahasa tersebut
10. Walaupun lahir di Korea, CL dibesarkan di Jepun dan Perancis. Dia juga bersekolah di sekolah antarabangsa yang membuatnya fasih berbahasa Jepun dan Inggeris
11. FTISLAND lebih fasih berbahasa Jepun berbanding Bahasa Inggeris. Mereka dapat menggambarkan emosi yang sebenarnya menggunakan bahasa Jepun dengan baik
Mempelajari bahasa asing hingga fasih menggunakan bahasa tersebut dalam pekerjaan dan juga kehidupan seharian bukanlah perkara yang mudah. Setiap bintang idol KPop yang tersenarai di atas membuatkan para peminat mengagumi mereka kerana mereka sangat tekun dan gigih mempelajari bahasa ini hingga berjaya menguasainya.