Seorang wanita yang berasal dari Amerika Syarikat, dikenali sebagai Ashley Summers dikatakan maut akibat minum air mineral berlebihan dalam tempoh yang singkat.
Menurut salah satu media iaitu New York Post, Ashley Summers meninggal dunia selepas minum empat botol air mineral sekali gus dalam masa 20 minit.
Ketika kejadian itu berlaku, Summers dikatakan berada di dalam acara hari kemerdekaan Amerika Syarikat di Tasik Freeman, Indiana.
“Kapasiti setiap botol air purata 16 auns (470 mL). Jadi, jumlah air yang dia dia minum dalam masa 20 minit ialah 64 auns (1.88 liter). Sesetengah gelen, itulah jumlah yang dia patut minum dalam satu hari” -kata abangnya, Devon Miller
Baca lagi: Ular Di Air Terjun, Tindakan Hiker Luar Mengusik Ular Tersebut Raih Perhatian
Baca lagi: Lelaki Sanggup Berhabis Duit Hampir RM70,000 Untuk ‘Jadi Anjing’, Sebabnya Buat Ramai Geleng Kepala
(Gambar hiasan)
Lihat juga video dibawah:
Menurut keluarganya, Summers mengadu pening kepala selepas minum 1.88 liter air mineral dalam masa 20 minit sebelum ini beliau juga pernah mengadu pening dan sakit kepala yang teruk selepas minum air mineral sebanyak itu dalam masa 20 minit. Selepas itu, Summers pengsan di garaj setelah beliau sampai ke rumah dan dikejarkan ke Hospital IU Health Arnett.
Selepas dipindahkan ke hospital, Summers disahkan meninggal dunia akibat keracunan air. Jantung, hati, paru-paru, buah pinggang dan beberapa tisu tulang Summers telah didermakan apabila dia disahkan meninggal dunia.
Untuk makluman anda, keracunan air atau ketoksikan air adalah situasi di mana seseorang mengambil terlalu banyak air dalam masa yang singkat.
Bukan itu sahaja, keadaan ini juga boleh berlaku apabila buah pinggang menyimpan terlalu banyak air akibat daripada masalah kesihatan tertentu. Rasa sakit, kekejangan otot, ketidakselesaan, loya dan sakit kepala adalah tanda-tanda mabuk air.
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Selayang