Home Dari Kisah Benar Makcik Rumah Usang Simpan Aset RM1.7juta, sekali Lembaga Zakat Dedah Identiti Makcik...

Makcik Rumah Usang Simpan Aset RM1.7juta, sekali Lembaga Zakat Dedah Identiti Makcik Ini

0

Makcik tinggal dirumah usang ada aset RM1.7 juta, sekali lembaga zakat dedah siapa sebenarnya makcik ini. ” Rokhimah atau dipanggil Mak Ngah tidak pernah berkahwin dan tidak mempunyai anak. Sebelum ini dia tinggal bersama saudara-maranya.

Tular bila Lembaga Zakat Negeri Kedah membuat siasatan siapa Mak Ngah sebenarnya.

Warga emas yang ditular ini tinggal di rumah usang didakwa memiliki aset yang bernilai hampir RM1.7 juta dengan mengambil kira hartanah dimiliki keluarganya.

Keluarga Rokhimah Ismail, 67 turut memiliki enam rumah dengan nilaian semasa hampir RM2 juta.

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) pula memberitahu warga emas terbabit juga merupakan penerima bantuan zakat bulanan daripada pihaknya.

“Keluarganya juga mempunyai beberapa rumah yang lengkap dengan kemudahan asas terletak berhampiran rumah uzur yang ditularkan baru-baru ini,” kata LZNK.

Baru-baru ini tular seorang warga emas dikatakan terabai dan tinggal keseorang di sebuah rumah usang di Alor Setar.

LZNK turut menjelaskan ada di antara rumah milik keluarga tersebut masih tidak berpenghuni kerana dijadikan rumah sewa yang lengkap dengan bekalan elektrik dan air.

Bagaimanapun katanya Mak Ngah Rokhimah mengambil keputusan untuk tinggal semula di rumah usang bersebelahan rumah milik keluarga berkenaan.

“LZNK cuba memujuk warga emas itu supaya berpindah ke rumah lain milik keluarganya namun dia menolak,” katanya di sini.Malah perkara itu juga diakui seorang anak saudara Rokhimah yang dikenali sebagai Shariman.

“Kami sudah cuba memujuk Mak Ngah untuk tinggal di rumah lain milik keluarga tetapi Mak Ngah berkeras nak tinggal di situ (rumah usang).”

“Saya bagi pihak keluarga memohon supaya orang ramai tidak salah sangka dengan berita yang diviralkan di media sosial kerana sedikit sebanyak ia memberi kesan kepada imej kami sekeluarga,” katanya.

LZNK juga menjelaskan pihaknya turut menawarkan penduduk terbabit tinggal di sebuah Pondok Pengajian yang berada di bawah seliaan lembaga itu yang lengkap dengan kemudahan asas.

Namun malangnya warga emas terbabit menolak tawaran tersebut. Rokhimah merupakan penerima bantuan kewangan LZNK secara bulanan sebanyak RM200 bermula sejak 2018 sehingga 2020.

Selain dia juga pernah menerima bantuan kewangan zakat sekaligus sebanyak RM300 pada Disember tahun lepas.

Menurut anak saudaranya Rokhimah turut menerima bantuan ‘Food Bank’ melalui Penolong Amil dan Imam Kariah Masjid.

Di samping itu Bantuan Warga Emas daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah sebanyak RM500 sebulan.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.