Home News Tiga Bulan Tunggu ‘Pemilik’ Tuntut Duit Yang Ditemui Di Tapak Pelupusan Sampah,...

Tiga Bulan Tunggu ‘Pemilik’ Tuntut Duit Yang Ditemui Di Tapak Pelupusan Sampah, Nilai Yang Ditemui Pula Buat Ramai Terkedu

0

Wang tunai berjumlah 10.99 yen (RM353,140) yang ditemui di sebuah tapak pelusan sampah di bandar Shinchinohe, Jepun pada April lalu akan dimasukkan ke akaun pengendali pusat pembuangan tersebut iaitu sebuah kesatuan koperasi, menurut laporan akhbar The Mainichi.

Kesatuan koperasi kawasan Chubu Kamikita sebelum ini melaporkan penemuan duit tersebut ketika mesyuarat perhimpunan bandar Shichinohe, kemudian dihantar ke balai polis berdekatan.

Polis kemudian secara terbuka mengumumkan mengenai duit tersebut tetapi sepanjang tiga bulan lalu, tidak ada mana-mana individu yang menuntut wang itu.

Baca lagi: Lelaki Sanggup Berhabis Duit Hampir RM70,000 Untuk ‘Jadi Anjing’, Sebabnya Buat Ramai Geleng Kepala

Baca lagi: Wanita Maut Selepas Minum Air Mineral Berlebihan, Rupanya Ini Kesan Buruk Yang Anda Tidak Tahu

Screenshot 2023 08 21 142711
(Gambar hiasan)

Lihat juga video dibawah:

Ia menyebabkan pemilikan wang tunai itu dipindahkan kepada kesatuan koperasi tersebut pada 27 Julai yang lalu. Seorang wakil koperasi juga mengatakan tidak sangka bahawa jumlah besar duit itu muncul secara tiba-tiba.

Kisah ini juga telah menarik perhatian ramai, serta beberapa individu yang ‘berpura-pura’ dan menggunakan helah untuk mendapatkan wang tersebut. Namun sehingga kini tidak mempunyai apa-apa berita mengenai duit itu dan tidak ada yang menuntutnya.

Jika anda terjumpa duit atau barang berharga yang bukan milik anda, cuba selesaikannya dengan cara baik dan jangan salah guna barang yang bukan milik anda. Mungkin kita diuji oleh-Nya dan percayalah rezeki ada dimana-mana, yang penting usaha

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Sarang Burung