Home News Didakwa Bandar-Bandar Utama di Malaysia Bakal ‘Lenyap’ Pada Tahun 2050

Didakwa Bandar-Bandar Utama di Malaysia Bakal ‘Lenyap’ Pada Tahun 2050

0

Bandar utama di Malaysia didakwa bakal ‘lenyap’ pada tahun 2050? Beberapa bandar-bandar utama di Malaysia didakwa bakal ‘lenyap’ kerana akan berada di bawah paras laut menjelang tahun 2050.

Perkara itu didedahkan pusat penyelidikan swasta, Centre for Governance and Political Studies (Cent-GPS) melalui Twitter rasmi hari ini.

Pendedahan juga itu adalah berdasarkan kajian terbaharu Elevation Data Triple Estimates of Global Vulnerability to Sea-Level Rise and Coastal Flooding terbitan Nature Communications.

Antara negeri yang terjejas adalah Perlis, Kedah, Penang, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan dan Sarawak.

“Pada tahun 2050 Alor Setar menjadi sebuah pulau; sepanjang kawasan Parit Buntar hingga ke Taiping tidak kelihatan; Lebuhraya Utara-Selatan tenggelam; Bagan Datoh, Teluk Intan, dan Kuala Selangor lenyap; Port Klang tenggelam; Shah Alam menggecil; Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bertempat di sebelah pantai.”

“Muar dan Pekan juga tenggelam; Kuala Terengganu mengecil dan menjadi beberapa buah pulau. Di Sarawak, Kuching juga mengecil dan menjadi beberapa buah pulau,” katanya.

Tambah kenyataan itu lagi, berjuta penduduk Malaysia akan terkesan. Kebanyakan orang terpaksa berpindah. Projek perumahan dibazirkan. Tanah perladangan rosak. Krisis kekurangan makanan melanda.

“Tak kiralah parti mana yang anda sokong, orang korporat ataupun NGO, ini adalah realiti masa hadapan kita,” katanya.

Ciapan tersebut menjelaskan, kajian dibuat oleh Scott A. Kulp, dari Universiti Rutgers Amerika Syarikat itu menggunakan model CoastalDEM (Digital Elevation Models) iaitu pengukuran yang lebih tepat berbanding model Shuttle Radar Topography Mission (SRTM) pada kajian terdahulu.

“Model CoastalDEM mengurangkan kesalahan pengukuran SRTM & menunjukkan tanah yg terjejas dgn lebih tepat, berpunca drpd perubahan iklim,”katanya.

518632

Dalam masa sama pendedahan itu turut menyatakan di peringkat global, populasi Asia adalah paling banyak terdedah kepada kenaikan paras laut iaitu sebanyak 70 peratus.

“Keadaan lebih teruk jika faktor lapisan ais tidak stabil diambil kira. Keseluruhan bahagian selatan Vietnam termasuk bandar Ho Chi Minh akan tenggelam pada tahun 2050.”

“Bandar-bandar utama seperti Bangkok, Mumbai dan Shanghai akan lenyap,” katanya.

Sumber: Twitter

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.