Home Artis Korea 8 Fakta Watak Yang Dibawa Suho EXO Dalam Behind Your Touch

8 Fakta Watak Yang Dibawa Suho EXO Dalam Behind Your Touch

0

Behind Your Touch merupakan kemunculan semula (comeback) Suho Exo dalam dunia seni lakon selepas berjaya menyelesaikan latihan ketenteraan wajib pada bulan Februari tahun 2022.

Dalam drama siri Behind Your Touch, Suho bergandingan bersama Han Ji Min dan Lee Min Ki.Watak dan peranan Suho EXO dalam Kdrama Behind Your Touch ini digambarkan sebagai seorang lelaki yang penuh misteri dan juga seorang yang berhati sangat mudah ramah dan baik hati.

Jika anda tertanya-tanya, jom kita kenali lebih dekat dengan watak yang dilakonkan oleh Suho EXO dalam Behind Your Touch!

 

Suho1. Dalam comeback kali ini, Suho EXO membawa watak sebagai Kim Seon Woo yang sungguh misteri. Dia bekerja sambilan di sebuah kedai serbaneka di Kampung Mujin

 

8eac7eff bed3 4a79 a2ac a5450aa2e30a2. Selain mempunyai wajah yang tampan, Kim Seon Woo juga adalah seorang pemuda yang baik hati. Dia suka menolong kucing terbuang, dia bagaikan malaikat yang datang ke kampung Mujin

 

72bf7723 48ce 47ea 9005 1e0971d5504a3. Kehadiran Kim Seon Woo menarik perhatian Bong Ye Bun. Kedua-duanya merupakan jiran tetangga dan mula dekat sejak Kim Seon Woo sering membawa kucingnya untuk rawatan

 

2e54cb23 7542 4d51 aa00 7b2f6d708d6b4. Selain bekerja secara sambilan, Kim Seon Woo membuka kelas tuisyen. Lelaki ini adalah lulusan Universiti Hankuk dalam jurusan Bahasa Inggeris

 

29df37ac 8f94 44a7 8cf8 a3558afe70415. Sebab utama Kim Seon Woo pindah ke Kampung Mujin adalah kerana dia ingin mengenali kampung halaman ibunya yang sudah tiada lagi

 

fbaa2d3e b1e0 4655 ad5a 2ad3663e47436. Kim Seon Woo berhasrat untuk mengajak Bong Ye Bun untuk berteman baik kerana mereka berdua sama-sama menyukai dan menyayangi kucing

 

d4fcdaea 6ec4 4d8c 925e 897fcb8ef6e47. Kim Seon Woo mula terbuka hati dan suka kepada Bong Ye Bun.

 

3eeae028 b64f 4d6a 851a dd8a4819a5f58. Sewaktu Bong Ye Bun mencuba kebolehan luar biasanya pada Kim Seon Woo, dia langsung tidak dapat melihat atau menemui sesuatu tentang memori lelaki tersebut

IMG 1478
Behind Your Touch baru sahaja ditayangkan sebanyak empat episod. Jika anda masih belum sempat untuk menonton drama siri ini, anda wajib mencari masa untuk menontonnya. Drama siri Behind Your Touch menampilkan genre fantasi, misteri dan juga komedi. Pasti anda tidak kering gusi apabila menonton episod-episod awal drama siri ini. Selamat menonton ya!

Baca lagi: Behind Your Touch, Genre Fantasi Komedi Thriller, Kuasa Psikometrik dengan Menyentuh Pungggung
Baca juga: Suho EXO Membintangi Siri Baru “Behind Your Touch”