Zaman sekarang ini, ramai yang memilih untuk jimat terutamanya dalam pelbagai aspek. Ini termasuklah bila nak makan, pun ada yang terpaksa berjimat supaya boleh ada lebihan wang ketika hujung bulan.
Bila kata nak masak, tak sempat pula sebab balik kerja pun sudah lewat malam. Jadi, nak tak nak, kenalah juga buka aplikasi Grab untuk buat pesanan makanan. Tapi jangan risau, bila anda gunakan Grab ini sebenarnya boleh jimat sejimatnya dengan cas penghantaran.
Apa yang anda tidak tahu, sebenarnya boleh mendapat makanan dengan kos penghantaran bermula serendah RM1. Macam tak percaya kan dengan cas penghantaran serendah RM1 pun rider boleh hantar makanan terus ke pintu rumah anda.
Baca lagi: Masyuk! Hasil Gaji Rider Grab Ini Cecah Sehingga RM100,000
(Gambar hiasan)
Lihat juga video dibawah:
Korang jangan risau pasal rider punya upah pula ya, mereka tetap akan dapat cas penghantaran yang telah ditetapkan, RM1 itu cuma Grab khaskan untuk pelanggan sahaja.
Banyak lagi boleh berjimat, sebab pengguna boleh dapat cas penghantaran serendah RM1 je bila pilih Saver Delivery. Ini sebabnya, rider akan kumpulkan beberapa order dan hantar serentak. Jadi penghantaran mungkin akan ambil sedikit masa untuk sampai, dan dalam masa yang sama, pendapatan rider tidak akan terjejas. Jangan risau sebab bukan rider hanya terima RM1 sebagai penghantaran itu semata-mata.
Macam Mana Nak Buat Cas Penghantaran Yang Dikenali Sebagai ‘Saver Delivery ‘ Di Aplikasi Grab Ini Jadi RM1? Ikuti Sahaja Langkah-Langkah Di Bawah Ini:
1. Buka aplikasi Grab
2. Pilih jenis restoran
3. Pilih makanan yang anda mahu
4. Di bahagian Delivery Option, pilih Saver dan tekan Place Order
5. Tunggu makanan anda sampai, tapi kalau tak boleh tunggu lama jangan risau. Pilih je penghantaran Direct Delivery
Semoga info ini bermanfaat untuk anda!
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Sarang Burung