Home Entertainment Kdrama 2023, 8 Watak Menjadi Mangsa Curang, Menyedihkan

Kdrama 2023, 8 Watak Menjadi Mangsa Curang, Menyedihkan

0

Pada tahun 2023 ini sangat banyak kdrama siri dari Korea Selatan yang mengangkat isu kecurangan. Beberapa contoh drama siri yang sangat popular dengan tema ini adalah Red Balloon, True to Love, dan Doctor Cha.

Kdrama siri dengan isu kecurangan dan hubungan sulit memang sangat diminati kerana kisah yang dibawa memang penuh dengan tipu daya, ketegangan, air mata serta kekecewaan dan berjaya membuatkan para penonton bertambah emosi dan mengalirkan air mata.

Walaupun ada di antara kdrama siri ini yang menyajikan kisah cerita dengan selingan komedi yang sangat segar, tetapi apabila menyentuh isu kecurangan, ramai penonton tidak dapat menahan air mata dan mengetap bibir kerana geram dengan tingkah laku watak pasangan yang curang.

Banyak juga watak yang menarik dalam Kdrama yang membawa isu kecurangan dan watak-watak mereka yang menjadi mangsa kecurangan ini tentu sahaja menjadi perhatian. Cara mereka membongkar dan mengetahui kecurangan pasangan mereka juga menarik untuk diikuti. Jom kita lihat selengkapnya di bawah ini.

70628aec 6d52 41ba a77c 79e1e567c60e

1. Dalam kdrama siri True to Love, Yeon Bo Ra (Yoo In Na) mempunya hubungan yang kelihatan sangat sempurna tetapi siapa sangka kekasihnya adalah pasangan yang tidak setia dan berlaku curang

 

4319762a 91c0 4898 8861 39ad78302b3a2. Perkahwinan tidak menjamin kesetiaan, Han Ba Da (Hong Soo Hyun) memutuskan untuk bercerai setelah dicurangi oleh suaminya dalam kdrama siri Red Balloon

 

66166ff5 8556 43b8 a4e7 50db9ab38fc63. Begitu juga dengan Go Hae Soo (Jang Hee Jin) dalam drama siri Pandora: Beneath the Paradise, walaupun suaminya menyesal segala perbuatan tetapi dia tetap ingin bercerai

 

927cc1a6 242a 4a54 9de6 039d390d33b44. Watak Yeo Mi Ran (Kim Ok Vin) dalam Love to Hate You digambarkan sebagai seorang wanita yang tidak mempercayai lelaki, ini adalah kerana dia pernah dicurangi oleh kekasihnya pada masa lalu

 

6af3b9dc 45c1 45a4 99d4 2b2780c6e3bc5. Masih dalam drama yang sama iaitu Love to Hate You, Nam Gang Ho (Yoo Teo) sukat untuk jatuh cinta selepas bekas kekasihnya meninggalkan dia dan sanggup memilih lelaki lain

 

6c944059 bb58 4c98 bc19 4fdcbe6c8ee06. Walaupun sudah mengetahui bahawa kekasihnya mencintai wanita lain, dalam drama siri The Interest of Love Park Mi Kyung (Geum Sae Rok) tetap mencintainya sepenuh hati

 

d2388db6 8839 41ce a347 447ff0e348f47. The Real has Come menampilkan kisah Oh Yeon Doo (Baek Jin Hee) yang hamil selepas dicurangi oleh bekas kekasihnya

 

Kdrama8. Seterusnya adalah Cha Jeong Suk (Uhm Jung-hwa) dalam drama siri popular Netflix Doctor Cha, watak isteri sempurna yang akhirnya memilih untuk berpisah dengan suaminya selepas dia ditipu dan dicurangi

Daripada semua watak yang tersenarai di atas, kita boleh melihat cara mereka mengetahui dan menghidu kelakuan pasangan mereka yang curang. Akhirnya, terdapat watak-watak yang memutuskan untuk memutuskan hubungan dan juga bercerai. Siapakah watak yang paling anda minati?

Baca lagi: 20 Filem Seram Terbaik Yang Pernah Dibuat, Menurut Reddit
Baca juga: Behind Your Touch, 7 Perubahan Nasib Bong Ye Bun Kerana Tangan Ajaibnya