Bagi wanita, kitaran haid merupakan perkara yang normal dan ia berlaku setiap bulan jika tiada persenyawaan berlaku. Ketika haid, mereka akan pening kepala, sakit perut, loya dan macam-macam lagi simptom.
Tapi pernahkah anda terfikir, adakah haiwan betina juga mengalami kitaran haid?
Jawapannya ialah ya
Sama seperti manusia, mereka mengalami kitaran haid. Namun ia tidak berlaku sekerap manusia. Ia hanya berlaku mengikut musim. Beruang contohnya, kitaran ini hanya berlaku setahun sekali iaitu akan berlangsung ketika musim panas.
Persoalannya, adakah mereka akan ‘berdarah’ ketika kitaran haid?
Sebenarnya apa yang dikeluarkan mereka semasa haid adalah berbeza mengikut jenis haiwan. Kebanyakan haiwan tidak mengeluarkan apa-apa kerana badan mereka menyerap kembali darah tersebut. Namun ada jenis mamalia yang mengeluarkan darah seperti manusia. Antaranya, monyet, kera, gorilla, babun dan banyak lagi.
Lebih menakjubkan, ketika haid berlaku haiwan ini juga akan merasa sakit perut, loya dan sebagainya sama seperti kaum wanita..
Jika anda nampak haiwan jantan yang melepak dengan rakan-rakan jantan, besar kemungkinan mereka sedang lari dari betina yang sedang takde mood.
BACA LAGI : Jangan Dah Sakit Baru Nak Jaga, Ini 9 Cara Penjagaan Buah Pinggang
BACA LAGI : 4 Tanda Anda Telah Di ‘Block’ Oleh Seseorang Dalam Aplikasi WhatsApp
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.