Home News 9 Kesan Buruk Pengambilan Ganja Yang Anda Tidak Tahu

9 Kesan Buruk Pengambilan Ganja Yang Anda Tidak Tahu

0

Ganja adalah sejenis dadah yang diambil oleh individu yang keinginan rasa relaks dan ‘melayan perasaan’ terutmanya jika mereka sedang stres mahupun ingin melarikan diri daripada realiti.

Di Malaysia, ganja adalah tidak sah di sisi undang-undang. Pun begitu, penggunaan ganja masih berleluasa dalam kalangan masyarakat.

Ganja dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Marijuana yang merujuk kepada daun-daun yang kering, bunga dan benih daripada tumbuhan bernama Cannabis Sativa atau Cannabis Indica. Dadah sudah diketahui secara umum ia berbahaya. Pelbagai kesan sampingan boleh terjadi sekiranya disalahgunakan.

Kajian menunjukkan bahawa penggunaan ganja atau turut dikenali sebagai kanabis boleh menyebabkan pelbagai jenis kesan sampingan jangka masa pendek dan panjang, antaranya seperti dibawah:

Baca lagi: Cara Nak Dapatkan Cas Delivery Serendah RM1 Dalam Aplikasi Grab, Ikuti Sahaja Langkah-Langkah Ini

Baca lagi: Campak Anak Dalam Telaga, Ibu Stres Sering Diejek Kerana Tidak Mampu Berikan Susu Badan

Screenshot 2023 08 24 100849

Lihat juga video dibawah:

1. Masalah Kesuburan dan Boleh Menyukarkan Wanita Hamil

Screenshot 2023 08 24 101049
Bahan aktid yang terkandung di dalam ganja dikenali sebagai THC akan memberikan kesan sampingan terhadap oragan pembiakan dalaman terhadap kedua-dua jantina, baik wanita mahupun lelaki.

Penggunaan ganja bagi kaum lelaki pula akan mengurangkan jumlah sperma dalam air mani.

2. Sakit Kepala

Screenshot 2023 08 24 101136

Menurut kajian yang pernah dilakukan pada tahun 1992, penghisap ganja melaporkan bahawa mereka akan mengalami sakit kepala sederhana dan teruk sejurus selepas bangun daripada tidur.

Ia mungkin didasari oleh faktor kadar tekanan darah menjadi rendah selepas menghisap tumbuhan ini.

Pun begitu, pengguna tegar ganja mengatakan bahawa sakit kepala yang dialami oleh mereka ini adalah perkara biasa.

3. Mulut Kering

Screenshot 2023 08 24 101237

Cottonmouth ini adalah istilah yang digunakan untuk merujuk keadaan mereka yang kering akibat pengambilan tumbuhan ini.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal ‘Addiction Research & Theory’, 79% pengguna tegar ganja menyatakan akan merasai kesan ini.

Kesan ini akan dirasai terutamanya ketika sedang makan, minum atau mengunyah gula-gula getah.

4. Ketagihan Ganja

Screenshot 2023 08 24 101325

Ini adalah kesan ganja yang paling bahaya kerana ia juga adalah sama seperti dadah lain yang menyebabkan ketagihan terhadapnya.

Kesan pada tahun 2010 menyatakan bahawa mereka yang ingin cuba berhenti daripada mengambil ganja ini akan mengalami kesan withdrawal.

5. Masalah Mental

Screenshot 2023 08 24 101357

Ada pendapat yang kata bahawa tumbuhan ini adalah jalan keluar daripada kekusutan atau kekacauan yang sedang berlaku dalam minda.

Itu silap kerana ia hanya akan menambahkan rasa kecelaruan, kegelisahan dan kemurungan selain membuat kalian terasing daripada masyarakat.

6. Selera Makan Meningkat

Screenshot 2023 08 24 101456

Ini adalah kesan yang mungkin ramai daripada kita sudah tahu kerana ia adalah sangat ketara dalam kalangan pengguna tumbuhan terlarang ini.

Meskipun sebabnya masih belum dapat dikenal pasti, namun kajian pada tahun 2015 menyatakan ia mungkin berpunca daripada kesilapan penghantaran signal ke otak.

Buat individu yang menyangkakan ia adalah kesan baik untuk mereka yang ingin meningkatkan berat badan, itu ternyata silap kerana ia membahayakan kesihatan.

7. Kemerosotan Daya Ingatan

Screenshot 2023 08 24 101602

Banyak kajian menemukan pengguna ganja mengalami masalah daya ingatan jangka pendek, ada yang menunjukkan ia menjadi sebab daya ingatan merosot di semua tahap ingatan.

Kemerosotan ingatan dikesan lebih teruk pada remaja dan ia berkemungkinan makan masa jangka panjang.

8. Kemurungan dan Keresahan

Screenshot 2023 08 24 102848

Walaupun ganja dikatakan mampu menjadi rawatan untuk kemurungan dalam beberapa kes ia memberi impak sebaliknya.

Mereka boleh alami keresahan atau ketakutan selepas menghisap ganja.

9. Masalah Paru-Paru

Screenshot 2023 08 24 103027

Seperti rokok, menghisap ganja boleh memberikan kemudaratan kepada sistem pernafasan pengguna seperti bronkitis , batuk-batuk dan semput.

Justeru, jangan sesekali kalian mencuba untuk ambil dadah ini kerana ia boleh mendatangkan ketagihan yang maha dahsyat.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Selayang