Home Criminal 5 Undang-Undang Pelik di Malaysia Yang Ramai Tak Tahu

5 Undang-Undang Pelik di Malaysia Yang Ramai Tak Tahu

0

5 undang-undang pelik di Malaysia, nombor 4 tu ramai yang selalu buat, boleh kena saman ramai-ramai.

R

5 Undang-Undang Pelik di Malaysia:

1. Tidak boleh menunggang gajah di jalanraya

Baik, awak semua tadi bermimpi nampak orang tunggang gajah tadi kan, sebenarnya salah tau. Dalam Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955, Seksyen 11:

Sesiapa yang:
a) Memimpin, memandu atau menunggang mana-mana kuda, lembu, biri-biri, kambing atau khinzir di mana-mana jalan awam secara tidak terkawal atau secara berbahaya yang boleh menghalang orang lain atau menyekat lalulintas;

b) Memandu, menunggang atau memimpin mana-mana gajah di mana-mana jalan awam tanpa kebenaran daripada Ketua pegawai Polis atau pegawai yang diberi kuasa;

Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955
Hukuman: Denda maksimum tidak melebihi RM50.

Sekiranya nak pergi kerja, tapi kereta atau motor rosak, naiklah LRT, MRT, KTM atau seangkatan dengannya. Takpun, tempah e-hailing sahaja, mudah!

Habis tu, kalau tunggang agama macam mana pula?

Baca lagi: Bau Aneh dan Rasa Diperhatikan, Ini Tanda Rumah Anda Ada “Penghuni” Luar

Baca lagi: Google Mahu Bagi RM500,000 Kepada Orang Asia, Ini Syaratnya

2. Anjing mengejar orang boleh didenda

Suasana yang tenang, ketika sedang berjalan balik ke rumah, tiba-tiba anjing datang mengejar awak sampai terpaksa menjadi Usain Bolt atau Gareth Bale semasa melakukan counter attack. Selepas berjaya melarikan diri daripada anjing tersebut, ada seorang wanita datang lalu meminta maaf kerana anjingnya mengejar awak.

Jika ada anjing mengejar sehingga menyebabkan awak berada dalam keadaan bahaya, pemilik anjing itu boleh didenda tau.

Dalam Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955, Seksyen 6:

Jika dibuktikan dengan kesahihan mahkamah bahawa mana-mana anjing yang berlari ke arah orang atau kenderaan, kuda, lembu, biri-biri, kambing atau babi yang melalui jalan awam, pemilik anjing itu boleh dikenakan denda tidak melebihi seratus ringgit.

Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955
Lepas ni, haa… marahkan anjing itu sambil berkata “awak bersalah kerana mengejar saya”. Tapi kalau kena menganjing dengan member, macam mana pula?

3. Ketuk periuk kuat-kuat pada malam hari

kitab4

Dalam Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955, Seksyen 13(1a):
1) Sesiapa yang:

a) Memukul dram atau tom-tom, atau meniup hon atau trumpet, atau membunyikan lain-lain instrumen muzik atau perkakas rumah di kawasan bandar atau perrumahan dari waktu tengah malam hingga jam 6 pagi, atau di mana-mana jalan atau tempat awam tidak kira waktunya, yang boleh mengganggu ketenteraman sekeliling, atau…

Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955

Hukuman: Dikenakan denda tidak melebihi RM100.

Maka, janganlah menggatal tangan ketuk-ketuk periuk, main dram atau bunyi hon di kawasan perumahan tengah-tengah malam. Takpun, janganlah buat studio jamming di kawasan perumahan, habis mengamuk jiran.

4. Memaki atau mengutuk orang

Ini khas untuk buat kawan-kawan awak yang suka maki atau mengutuk orang sesuka hati ibarat mulut dia ada lesen. Baik, dalam Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955, Seksyen 14:

“Mana-mana orang yang menggunakan apa-apa perkataan yang tidak senonoh, mengancam, kesat atau menghina, atau berkelakuan dengan cara yang mengancam atau menghina, atau menyiarkan atau melekatkan atau mempamerkan apa-apa kertas bertulis yang tidak senonoh, mengancam, kasar atau menghina atau melukis dengan niat untuk mencetuskan pelanggaran keamanan, atau di mana pelanggaran keamanan mungkin berlaku, boleh dikenakan denda tidak melebihi seratus ringgit.”

Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955
Diharapkan agar tidak mencarut atau memaki sesuka hati, yela selain dikenan denda, ia juga boleh melukakan hati seseorang. Tapi… satu saja, kami rasa orang Melaka mesti hari-hari kena bayar denda ni kan? (YTJT, jangan marah-marah gais, gurau saja).

5. Mabuk di tempat awam

Dalam Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955, Seksyen 21:

“Mana-mana orang yang didapati mabuk dan tidak mampu menjaga dirinya sendiri, atau bersalah atas apa-apa tingkah laku rusuhan, tidak teratur atau tidak senonoh, atau terus-menerus meminta atau melakukan gangguan berterusan untuk tujuan tidak bermoral di mana-mana jalan awam atau di mana-mana tempat awam atau tempat hiburan atau resort awam, atau di kawasan berhampiran mana-mana mahkamah atau mana-mana pejabat awam atau balai polis atau tempat ibadat…”

Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955
Hukuman: Denda tidak melebihi RM25 atau penjara tidak melebihi 14 hari dan hukuman maksimum pula, denda tidak melebihi RM100 atau penjara tidak melebihi 3 bulan.

Kepada yang suka minum itu, beringat-ingatlah kerana hukuman mabuk bukan saja untuk individu yang memandu. Satu lagi, bagi masyarakat muslim juga perlu beringat bahawa ia juga salah di sisi Islam. Hindarilah diri daripada dadah, seks serta alkohol dan hiduplah secara “straight edge”.

Rakyat perlu tahu undang-undang!

OIP 4

Pelik tapi benar, itulah yang boleh dirumuskan bagi undang-undang pelik di Malaysia. Harus kita sebagai rakyat Malaysia kena peka. Yela, rasanya ada mungkin perkara yang biasa kita buat ni sebenarnya salah di sisi undang-undang.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.