Home News Hidang Kari Kepala Ikan ‘Pakej’ Mata Kail, Respon Pihak Restoran Pula Buat...

Hidang Kari Kepala Ikan ‘Pakej’ Mata Kail, Respon Pihak Restoran Pula Buat Ramai Tak Puas Hati

0

Kita sebagai pelanggan bila berada di restoran, selain servis layanan dan kebersihan makanan, keselamatan juga perlu dititik beratkan.

Baru-baru ini seorang wanita berkongsi cerita mengenai sebuah restoran yang beliau kunjungi di Kuala Lumpur dan berdepan dengan situasi bahaya apabila beliau temui sesuatu dalam kari kepala yang dipesani olehnya.

Baginya, ia merupakan salah satu pengalaman yang tak dapat dilupakan sepanjang hidupnya makan kari kepala ikan setelah dia yang waktu itu tengah makan bersama keluarganya terjumpa mata kail dalam lauk tersebut.

Baca lagi: Restoran Tawar Gaji Sebanyak RM17,000 Sebagai Penebar Roti Canai

Baca lagi: 5 Undang-Undang Pelik di Malaysia Yang Ramai Tak Tahu

WhatsApp Image 2023 08 24 at 1.50.48 PM

Lihat juga video dibawah:

Tidak pasti bagaimana mata kail itu ditemui, namun mujurlah tiada di antara mereka tercedera. Terkejut melihatnya, wanita itu terus memanggil pengurus restoran untuk melaporkan hal ini namun respon yang dia terima sangatlah tidak memberangsangkan.

“Sorry salah supplier”-Respon pihak restoran

Walaubagaimanapun, pengurus tersebut ada meminta maaf kepadanya dan pampasan yang diberikan hanyalah diskaun sebanyak 60 sen.

“Mula-mula kata salah pekerja dapur, lepastu kata salah pengedar pula. Nasib ayah saya tak tercekik makan mata kail tu, tapi macam mana kalau hidangkan kat pelanggan lain?”-Kata wanita ini

WhatsApp Image 2023 08 24 at 1.51.33 PM

Oleh itu, perkara ini tidak boleh dibiarkan dan dipandang remeh kerana makanan tidak sepatutnya mempunyai ‘benda’ yang bahaya dalam makanan yang dipesan setiap pelanggan serta bersih apabila dihidangkan. Semoga perkara ini tidak berlaku lagi di mana-mana gerai atau restoran berhampiran anda.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Selayang