My Dearest merupakan salah sebuah drama Korea yang sedang hits dan menjadi bualan netizen sepanjang bulan Ogos 2023 ini.
Drama siri sageuk terbaru lakonan Nam Goong Min dan Ahn Eun Jin ini berjaya membuatkan penonton hanyut dalam emosi.
Drama siri keluaran MBC tersebut membawa latar peperangan dan juga pertumpahan darah. Bahkan, ramai penonton yang kini sudah mula meneka-neka mengenai pengakhiran cerita ini adakah bahagia ataupun sebenarnya tragis?
Baca juga: Pratonton My Dearest Episod 1, Dibintangi Namgoong Min
Jika anda adalah peminat genre perang yang menonjolkan adegan pertumpahan darah, lima drama siri sageuk berikut ini wajib anda tonton!
1. My Dearest (2023)
My Dearest menawarkan kisah romantik yang berlatarkan pencerobohan dan penaklukan dinasti Jin keatas Joseon. Lee Jang Hyun (Nam Goong Min) adalah pemuda misteri yang secara sembunyi menguasai strategi perang. Dia menemui seorang wanita yang menggerakkan hatinya untuk menyelamatkan Joseon.
Jika anda berminat dengan sejarah era Joseon, drama siri ini boleh menjadi rujukan tontonan yang menambah ilmu. Beberapa insiden diambil dari kisah pemberontakan yang sebenar! My Dearest sudah boleh disaksikan sejak 4 Ogos 2023.
Baca lagi: 15 Kdrama Sageuk Tentang Tokoh Sejarah Sebenar Era Joseon
2. My Country: The New Age (2019)
Buat anda yang menyukai drama perang, maka My Country: The New Age (2019) boleh menjadi pilihan. Drama sageuk ini menggunakan latar akhir masa dinasti Goryeo hingga pembentukan pemerintahan Joseon.
Seorang tentera iaitu Seo Hwi (Yang Se Jong) dan Seon Ho (Woo Do Hwan) mengalami sebuah salah faham hingga berakhir dalam dua pihak berbeza. Tidak ketinggalan, drama ini juga diwarnai dengan kisah romantik yang manis. Berjaya memberi penonton pilihan sukar antara politik, cinta, atau persahabatan.
3. Alchemy of Souls (2022—2023)
Alchemy of Souls adalah drama sageuk popular yang sangat meletop pada akhir tahun 2022. Berbeza dengan drama berasaskan sejarah yang lain, drama terbitan tvN ini memilih latar dunia fiksyen tempat para ahli sihir berkumpul iaitu Daeho.
Jang Uk (Lee Jae Wook), anak ahli sihir yang tidak mewarisi ilmu bapanya akan melawan ahli sihir yang kejam. Naksu (Jung So Min/Go Yoon Jung) adalah pembunuh upahan yang baru sahaja melakukan pertukaran roh telah datang menawarkan bantuan dan kerjasama.
Baca juga: 7 Filem Sageuk Korea Yang Lucu Dan Menghiburkan
4. Kingdom (2019—2021)
Ramai penonton bersetuju bahawa Kingdom adalah drama sageuk terbaik yang pernah wujud. Kingdom memaparkan cerita peperangan melawan zombie dengan latar kerajaan Joseon. Hati-hati menonton ya, drama ini mempunyai sentuhan gore yang sadis.
Putera mahkota Lee Chang (Ju Ji Hoon) dikirim untuk menyiasat wabak penyakit yang menyebar di seluruh bandar. Dia menemui fakta mengejutkan mengenai wabak zombie yang mengerikan. Waktu itu lah hidupnya tidak lagi sama. Dia tidak mempunyai pilihan selain melawan.
Baca lagi: 11 Pelakon Lelaki Yang Membawa Watak Kdrama Sageuk 2023
5. Mr. Sunshine (2018)
Tidak ketinggalan, Mr. Sunshine sebagai salah satu drama sejarah dengan rating terbaik. Wajib ditambah ke dalam senarai tontonan anda jika anda ingin merasai sensasi ketegangan perang pada masa pemerintahan kolonial Jepun.
Eugene Choi (Lee Byung Hun) dikenali sebagai orang Korea yang bergabung dengan tentera Amerika. Sementara itu, Go Ae Shin (Kim Tae Ri) adalah cucu bangsawan dengan jiwa pejuang yang tinggi. Pertemuan mereka melahirkan kisah romantik yang unik dan juga tragis.
Memang drama Korea sageuk tidak sepenuhnya menonjolkan adegan peperangan ke dalam ceritanya. Bukan hanya aksi berdarah, lima drama siri yang tersenarai ini berjaya meninggalkan kesan romantis, jiwa pejuang, dan juga sejarah politik yang sangat membekas di hati.