Drama sageuk biasanya menjadi salah satu genre drama siri Korea yang sangat disukai pencinta Kdrama. Jalan cerita yang menarik dan penuh dengan kisah sejarah, membuatkan drama siri ini selalu menarik untuk diikuti.
Buat anda yang menyukai dengan warna warni Kdrama dengan hidangan cerita sageuk, disini kami rangkumkan 10 drama sageuk yang mana pelakon utama wanita menyamar menjadi lelaki!
1. Our Blooming Youth (2023)
Our Blooming Youth mengisahkan tentang Putera Mahkota Lee Hwan (Park Hyun Sik) yang terkena sumpahan misteri. Dia perlu meyiasat kes pembunuhan misteri keluarga Min Jae Yi (Jeon So Nee). Dituduh menjadi pembunuh keluarganya, Min Jae Yi menyamar sebagai pengawal kerajaan.
2. The King’s Affection (2021)
The King’s Affection mengisahkan tentang Putera Mahkota Lee Hwi (Park Eun Bin) yang sebenarnya adalah seorang wanita. Dia perlu menggantikan tempat saudara kembar lelakinya yang telah meninggal dunia. Park Eun Bin, sebagai pelakon utama wanita dalam drama ini menyamar menjadi lelaki. Anda boleh menonton drama siri ini di Netflix.
3. Love in the Moonlight (2016)
Love in the Moonlight mengisahkan tentang Putera Mahkota Lee Young (Park Bo Gum). Dalam perjalanannya, dia bertemu dengan Hon Ra On (Kim Yoo Jung) yang bekerja sebagai sida. Kim Yoo Jung diberi kepercayaan untuk membawa watak utama utama wanita yang menyamar menjadi sida. Anda boleh menonton drama siri ini di Netflix.
Baca juga: 7 Filem Sageuk Korea Yang Lucu Dan Menghiburkan
4. Splash Splash Love (2015)
Splash Splash Love mengisahkan tentang Dan Bi (Kim Seul Gi) yang terdampar di masa lampau. Dia bertemu dengan seorang raja muda bernama Lee Do (Yoon Doo Joon).
Supaya tidak dicurigai, Dan Bi menyamar sebagai seorang sida.
5. Empress Ki (2014)
Empress Ki menceritakan tentang Ki Seung Nyang (Ha Ji Won) yang berjaya menjadi permaisuri di tengah-tengah konflik kerajaan. Sebelum ini, dia perlu menyamar sebagai lelaki untuk bertahan hidup. Drama siri ini juga dibintangi oleh Ji Chang Wook yang dipilih sebagai raja Huizong of Yuan.
Baca lagi: 7 Escape, Kdrama Thriller Misteri Tentang Balas Dendam, Menampilkan Uhm Ki Joon
6. Scholar Who Walks the Night (2013)
Scholar Who Walks the Night mengisahkan tentang Jo Yang Sun (Lee Yoo Bi), anak kepada keluarga bangsawan yang telah jatuh muflis. Dia bertemu dengan vampire yang dilakonkan oleh Kim Sung Yeol (Lee Joon Gi).
Jo Yang Sun perlu menyamar sebagai lelaki dan menjual buku untuk bertahan hidup.
7. Sungkyunkwan Scandal (2010)
Sungkyunkwan Scandal mengisahkan tentang Kim Yun Hee (Park Min Young), wanita bijak dan sangat berdikari. Sebagai wanita, dia tidak boleh masuk ke Universiti Sungkyunkwan. Akhirnya, Kim Yun Hee menyamar sebagai lelaki dan bertemu dengan Lee Seon Joon (Yoochun).
8. The Great Queen Seondeok (2009)
The Great Queen Seondeok mengisahkan tentang ratu (Lee Yo Won) yang dilahirkan kembar. Dia diasingkan sewaktu baru lahir dari kerajaan dan bergabung dengan kumpulan Hwarang. Untuk bergabung dengan Hwarang, kumpulan yang dididik menjadi pemimpin masyarakat, Ratu Seondeok perlu menyamar sebagai lelaki.
Baca juga: 15 Kdrama Sageuk Tentang Tokoh Sejarah Sebenar Era Joseon
9. The Painter of Wind (2008)
The Painter of Wind mengisahkan tentang pelukis di era Dinasti Joseon bernama Shin Yun Book (Moon Geung Young). Dia bertemu dengan pelukis Kim Hong Do (Park Shin Yang) yang menjadi mentor Yun Book.
Dalam perjalanannya, Yun Book menyamar sebagai lelaki.
10. Gu Family Book (2013)
Gu Family Book menceritakan tentang kisah cinta antara siluman serigala (Lee Seung-gi) dan seorang wanita yang menyamar menjadi lelaki bernama Dam Yeo Wol (Bae Suzy). Kedua-duanya mula jatuh cinta sewaktu penyamaran Dam Yeo Wol terbongkar.
Namun, setelah mereka bertunang terjadi sebuah insiden yang mengakibatkan Dam Yeo Wol mati untuk mempertahankan cinta hatinya. Bagaimanakah kisah cinta mereka berdua?
Demikian sahaja 10 drama sageuk yang menampilkan heroin wanita tetapi menyamar sebagai lelaki. Jangan lupa masukkan ke senarai tontonan anda semua ya!