Home Lifestyle Alasan-Alasan Terbaik Digunakan Suami Untuk Tambah Isteri

Alasan-Alasan Terbaik Digunakan Suami Untuk Tambah Isteri

0

Poligami dalam Islam adalah perkara yang dibenarkan dan tidak bercanggah dengan agama. Namun, tidak bermaksud para suami boleh sewenang-wenangnya untuk berkahwin lagi. Mereka sewajarnya berfikir masak-masak kerana mereka perlu mampu dari segi kewangan dan juga keadilan. Jika tidak, mereka akan berdosa besar.

poli

Ramai suami di luar sana menggunakan 1001 alasan untuk menambah isteri, ada yang kata isteri sudah tidak cantik, tidak pandai memasak dan sebagainya. Namun ada beberapa asbab yang logik bagi lelaki menambah isteri.

Antaranya, isteri tidak boleh mengandung. Tidak semua wanita bernasib baik, ada yang ditakdirkan mempunyai masalah sakit puan yang membuatkan mereka tidak mampu untuk mengandung. Memang sedih bagi lelaki untuk mengeluarkan hasrat untuk berkahwin dua. Tapi dalam keadaan ini, kami yakin para isteri redha dengan takdir dan mampu menerima alasan suami.

BACA LAGI : Restoran Tawar Gaji Sebanyak RM17,000 Sebagai Penebar Roti Canai

BACA LAGI : 5 Undang-Undang Pelik di Malaysia Yang Ramai Tak Tahu

prg

Selain itu, isteri yang sakit dan hilang upaya. Tiada siapa mahu jatuh sakit. Jika isteri jatuh sakit, suami perlu terus mencari rezeki bagi menampung keluarga. Banyak lelaki yang ingin menambah isteri kerana dapat membantu mereka sama-sama menjaga anak dan isteri yang terlantar sakit.

sakit

Akhir sekali, suami cenderung untuk menambah isteri apabila isteri pertama tidak mampu lagi memenuhi kemahuan suami. Jangan fikir benda ini tidak logik. Banyak kes di mana si isteri tidak mampu lagi memenuhi nafsu kuda suami, jadi mereka redha untuk suami menambah lagi seorang isteri.