Home News Wanita Dipukul Kekasih Kerana Mengaku Tidak Minat Cristiano Ronaldo

Wanita Dipukul Kekasih Kerana Mengaku Tidak Minat Cristiano Ronaldo

0

Seorang wanita dipukul teman lelakinya atas alasan tidak masuk akal. Pelik tapi benar, wanita ini dipukul kerana mengaku tak minat Cristiano Ronaldo.

cr7

Kes ini berlaku di New Castle, Amerika Syarikat. Menerusi perbicaraan Mahkamah, Ross Flynn, 31, didakwa melakukan serangan itu ke atas teman wanitanya pada Jun tahun lalu.

BACA LAGI : Ibu Pelik Anak Tak Guna Duit Belanja Dan Sorok Sesuatu Dalam Beg Sekolah, Sekali Ini Respon Beliau

BACA LAGI : Hanya Jadi Tukang Beratur, Lelaki Ini Dedah Gaji Satu Hari Cecah RM1,000

crr

Ia berpunca daripada perbualan antara Flynn dan teman wanitanya. Flynn bertanya kepada teman wanitanya untuk memilih antara dua lelaki iaitu bekas kekasih teman wanitanya serta pemain bola Cristiano Ronaldo.

Malangnya, dia lebih memilih bekas kekasihnya berbanding Ronaldo.

Jawapan itu ternyata membangkitkan kemarahan Flynn, lantas dia bertindak menumbuk muka kekasihnya sebanyak empat kali.

“Dia tanya, siapa lagi kacak? Ronaldo atau bekas teman lelaki saya.

“Bekas teman lelaki saya dah meninggal kerana bunuh diri. Saya pula tak pernah minat Ronaldo. Jadi saya pilih bekas teman lelaki saya. Terus dia tumbuk saya,” ujar mangsa.

Dia kemudiannya membuat laporan polis sehingga Flynn ditangkap dan didakwa di mahkamah.

Mahkamah memutuskan Flynn dijatuhkan hukuman penjara selama empat tahun atas kesalahan tersebut

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Selayang